Assalamualaikum wbkt..
Belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir dan pemimpin yang dipilih oleh mereka. Betapa terpegun apabila melihat rakyatnya samada di dataran, padang atau jalanan, apabila mendengar tentang kemenangan pemimpin mereka, mereka melakukan sujud syukur. Begitu juga dengan Dr. Muhammad Mursi, membuat solat syukur di atas kejayaan yang dikurniakan kepadanya. Agak agak pemimpin kita yang mengaku islam buat tak solat syukur lepas menang pilihanraya yang lepas lepas...? Macam mana pula kita..agak agak kita ada tak praktikkan sujud syukur ni walau di mana kita berdiri..
Siapa Dr. Muhammad Mursi..? Beliau yang mempunyai pendidikan yang tinggi di dalam bidang akademik dan agama "seorang tahfiz al Quran" adalah seorang Professor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq. Sebelum itu beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge.
Beliau sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.
Ikhwanul Muslimin, sebuah gerakan Islam yang telah bertapak lebih kurang 80 tahun telah mencalonkan Dr. Muhammad Mursi sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan sebelum mencalonkan pula beliau sebagai Presiden Republik Arab Mesir.
Beliau juga disokong kuat oleh para ulama serta pemimpin-pemimpin dunia. Asy-Syeikh Muhammad Hassan, Asy-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, dan Asy-Syeikh Muhammad Hussain Ya`qub diantara ulama yang berada dibelakang beliau.
Bahkan, Dr. Hazim Abu Ismail yang hampir menjadi calon presiden Mesir di pusingan pertama juga menyokong beliau.
Keputusan undi diantara Dr. Muhammad Mursi dan Ahmed Shafiq yang merupakan saki baki rejim Mubarak.
Antara kata katanya ketika sidang media;
Terima kasih kepada semua rakyat Mesir atas sokongan yang diberikan
Dan kita akan sama-sama membina masa depan yang lebih gemilang
Siapa yang menyokong aku dan tidak menyokong, mereka semua adalah rakyat Mesir yang aku cintai
Ucapan khas kepada para pemuda Mesir demi masa hadapan yang cemerlang
Ucapan khas kepada keluarga syuhada, 'di atas bahu aku untuk menunaikan hak mereka'
Kita semua berada dalam satu barisan yang sama.
Dan aku menjadi juru khidmat kepada semua rakyat Mesir
Kita semua adalah anak watan yang satu
Kita akan berusaha ke arah Negara Mesir Madani Demokratik berpelembagaan yang baru
- Tiada dendam untuk dilangsaikan kita semua adalah satu watan."
Dan kita akan sama-sama membina masa depan yang lebih gemilang
Siapa yang menyokong aku dan tidak menyokong, mereka semua adalah rakyat Mesir yang aku cintai
Ucapan khas kepada para pemuda Mesir demi masa hadapan yang cemerlang
Ucapan khas kepada keluarga syuhada, 'di atas bahu aku untuk menunaikan hak mereka'
Kita semua berada dalam satu barisan yang sama.
Dan aku menjadi juru khidmat kepada semua rakyat Mesir
Kita semua adalah anak watan yang satu
Kita akan berusaha ke arah Negara Mesir Madani Demokratik berpelembagaan yang baru
- Tiada dendam untuk dilangsaikan kita semua adalah satu watan."
Aku khadam kepada kalian,!' kata dr Mursi kepada rakyat Mesir
Semoga pimpinannya di bawah bendera Ikhwanul Muslimin tidak dibelenggu oleh ulat ulat besar yang sedang mengeliat geliat hendak mengerumun dan mencampuri urusan pemerintahan beliau...
Kalau tidak..dua kali lima jerr..teringat kat rakyat Syria, Palestine dan beberapa buah negara yang masih belum jumpa jalan penyelesaian..
No comments:
Post a Comment