Saturday, 23 June 2012

SEHARI DI SURAU TANAH WAKAF

Assalamualaikum wbkt..

Alhamdulillah..segala yang dirancangkan, dilancarkan oleh Allah swt...kat sini laa mama berkampung semalam..

surau tanah wakaf, kg tengah, sri menanti, belum siap sepenuhnya tetapi telah berfungsi sebagai tempat menimba ilmu, solat berjemaah pada setiap hari, berkumpulnya orang kampung untuk pelbagai program diantaranya Majlis Maulidur Rasul, Majlis Korban, Israk Mikraj, pengurusan  jenazah dan tahlil dari penduduk sekitar..

Untuk mengetahui tentang Surau Tanah Wakaf ..jemputlah ke blog surau ni di alamat;



surautanahwakaf.blogspot.com

.......................................................................................




Penuh satu kereta.  Dah macam Spongebob..squeeze..squeeze...  Kami selamat sampai ke kampung jam 9 pagi.  Selepas menyediakan sarapan pagi,  bermulalah tugas penting..apa yang penting kerjasama..


Masak, basuh pinggan,kemas, buat air, masak, basuh pinggan, kemas, buat air..sampai petang..heheh.  Jam 6 petang bergegas balik rumah mertua, lepas mandi terus pi balik surau sebab nak dengar Qasidah, dari kumpulan maulid yang didatangkan dari Melaka.  


Ramai juga tetamu yang hadir.  Selepas solat maghrib berjemaah kami dihidangkan dengan ceramah istimewa dari Ustaz Norazman.


Di dalam ceramah Ustaz Norazman, beliau juga menyentuh tentang Israk Mikraj tetapi perihal kepercayaan diri atau iman kepada peristiwa tersebut dimana kita boleh jatuh kufur jika tidak percaya dengan peristiwa tersebut.  Israk Mikraj adalah salah satu mukjizat yang Allah swt kurniakan kepada Rasulullah saw.


Ustaz juga menerangkan tentang mukjizat yang Allah swt kurniakan kepada para nabi dan rasul, di mana mereka dikurniakan dengan 2 jenis mukjizat iaitu Mukjizat Hissi dan Mukjizat maknawi. 


Mukjizat Hissi ialah mukjizat yang dapat dilihat dengan mata kasar atau yang dapat dialami oleh pancaindera yang lima. Contohnya seperti mukjizat Nabi Nabi Muhammad (saw) membelah bulan, terpancar air dari celah jarinya, dsb. 


Mukjizat Maknawi pula ialah yang hanya dapat difahami dengan daya akal fikiran. Mukjizat jenis ini memerlukan kajian dan penelitian kerana ia tidak dapat dimengertikan dengan kekuatan pancaindera melainkan menggunakan akal fikiran menurut neraca yang sihat dan kajian yang sempurna. Contoh mukjizat maknawi adalah Israk Mikraj dan Al Quran.  


Ustaz kata lagi, zaman sekarang semua orang percaya akan kisah Israk Mikraj,  mereka percaya semua yang pelik pelik terjadi disekeliling mereka dengan mengatakan " kun fayakun"..kalau Allah swt kata "jadi, jadilah".  Kira memang berimanlaa sangat dengan Israk Mikraj ni...


Apa yang Ustaz kesalkan..rupanya tanpa disedari selama ini kita alpha.  Kita tidak percaya dengan isi Al-Quran...antara bukti yang kita alpha ialah kita terlalu bergantung dengan manusia,  maksudnya yakin dengan manusia dan sistemnya.  Kata nasihat dan pesananan dari Allah swt dipandang enteng..umpamanya..


Ustaz kata makin banyak bergantung dengan manusia bermakna makin kuranglah kita bergantung dengan Allah swt.  Jika makin banyak kita bergantung dengan Allah swt, makin kuranglah kita bergantung dengan manusia.  Semakin banyak kita bergantung dengan Allah swt,  InsyaAllah..Allah swt akan sentiasa membantu kita...tidak seperti manusia.


"Hukum mencuri adalah potong tangan."  Kita yang mengaku percaya kepada rukun iman pula berkata "kalau potong tangan..habislah orang tu".  Kira kita ni ambil setengah setengah jer yang dikata Allah swt kat dalam Al Quran..


Ustaz juga menyentuh tentang sikap kita yang takut untuk memberi peluang kepada orang lain, mama rasa bab pemimpin kot..akan terbit kata dimulut kita.."habislah kita kalau pilih orang ni"..ustaz kata berilah peluang, belum apa apa nak cantas..cam gitulaa..orang sebegini dikira busuk hati..busuk hati adalah satu penyakit..


HATI SAKIT


Melalui peristiwa Israk Mikraj ini,  Allah swt mengambarkan bahawa untuk mendekati diriNya kita haruslah bersih hati dari sebarang penyakit.  Penyakit ini boleh diubati dengan ibadah, bersama ulama, duduk di majlis ilmu, zikir dan sebagainya, bila hati telah terubat dan bersih barulah boleh mendekati Allah swt.  Kita nak kembali kepadaNya,  kita perlu bersih dari sifat mazmumah..sifat sifat itu adalah;


Sombong


Bangga dengan kelebihan diri tanpa menyedari semuanya datang dari Allah swt.


Tamak


Tidak pernah cukup dengan apa yang ada.  Allah banyak mengurniakan perkara halal kepada kita,  tetapi masih menambah yang haram dan syubahat di dalam kehidupan seharian..


Dengki (hasad-adalah perkataan arab bagi dengki)


Bangsa Melayu terkenal dengan sifat ini.  Ustaz buka cerita tentang Hang Nadim di dalam cerita Singapura Di Langgar Todak.  Dikatakan Hang Nadim ini seorang budak yang bijak.  Ketika Singapura diserang todak, sultannya telah memerintah rakyatnya guna betis untuk menghalang ikan itu sampai ke daratan.  Hang Nadim telah memberikan buah fikiran supaya sultan guna batang pisang untuk menggantikan betis rakyat singapura yang malang.  Sultan akur dan memuji kebijaksanaan Hang Nadim.  Dalam diam rupanya datuk datuk menteri dengki dan takut budak itu mencantas mereka, lalu menghasut sultan supaya budak itu dibunuh,  kerana jika dibiarkan hidup boleh membahayakan sultan dan kerajaannya.  Mati akhirnya budak yang tak berdosa itu.


SIFAT TAWADUK


Orang yang hatinya baik,  sifatnya adalah tawaduk iaitu merendah diri tetapi sangat dicintai Allah swt.  Ustaz menyentuh lagi akan peristiwa Israk Mikraj, ketika Jibril as hendak memilih Buraq di syurga,  semua Buraq perasan mereka akan dipilih kerana kehebatan dan kekuatan mereka. Di satu sudut ada satu Buraq hanya diam dan duduk mengasingkan diri.  Lalu Jibril as mendekatinya dan bertanya akan sikapnya itu..lalu Buraq itu mengatakan yang dia tidak layak berbanding dengan Buraq yang lain yang lebih besar dan gagah daripadanya. Buraq itulah yang dipilih Jibril as untuk dijadikan tunggangan Rasulullah saw ketika perjalanan Israk dari Mekah ke Madinah dan begitu juga sebaliknya.


KENAPA ISRAK MIKRAJ


Selain untuk memerintahkan perihal Solat kepada Rasulullah saw,  peristiwa ini adalah untuk menerangkan kepada Nabi Muhammad saw akan kebesaran Allah swt.


Untuk menghiburkan hati Rasulullah saw yang baru kehilangan dua insan yang sangat dicintainya iaitu Isteri dan bapa saudaranya.


Mengembalikan semangat Rasulullah saw,  di mana baginda telah bertemu dengan para nabi terdahulu seperti Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan beberapa nabi lagi yang mana mereka juga mendapat pelbagai dugaan ketika ingin menegakkan agama Allah swt di kalangan kaum mereka.




Di hujung ceramah ustaz membicarakan tentang peristiwa selepas Israk Mikraj. Rasulullah saw termenung dan resah kerana memikirkan bagaimanakah cara untuk menyampaikan kepada kaumnya tentang apa yang dialaminya.  Si Abu Jahal yang banyak helah telah melihat akan keadaan itu dan bertanyakan kepada Rasulullah saw dan tentunya Rasulullah saw yang sangat lurus hatinya telah menerangkan apa yang dialaminya.  Abu Jahal dengan gembira telah menawarkan diri untuk memanggil kesemua penduduk Mekah berkumpul dan mendengar akan kisah Rasulullah saw...niat dihati untuk mentertawakan Rasulullah saw dan menuduh baginda gila.


Pelbagai persoalan dilemparkan kepada Rasulullah saw, antaranya bagaimana rupa masjid Al Aqsa..dapat dijawab oleh Baginda dengan bantuan Allah swt.


Nabi Muhammad saw juga telah mengatakan akan kehadiran sekumpulan Khafilah tidak berapa lama lagi,  tak lama kemudian mereka sampai.  Sesungguhnya Rasulullah saw telah melihat mereka ketika dalam perjalanan balik dari Madinah ke Mekah.


Untuk memperbudakkan Rasulullah saw, mereka telah menyuruh Rasulullah saw mengangkat sebelah kakinya dan dilakukan oleh baginda.  Lalu disuruh melakukan mengangkat kedua kakinya,  sudah tentulah baginda tidak boleh melakukannya.  Lalu mereka mengejek ngejek baginda walaupun baginda telah berkata benar sebelumnya dengan mengatakan bagaimana baginda boleh naik ke langit,  nak angkat dua kaki pun tidak mampu..


Nabi Muhammad saw merayu kepada Allah swt untuk tidak kembali ke bumi,  tetapi Allah swt telah menghiburkan hati kekasihNya itu dengan satu hadiah yang tidak dikurniakan kepada nabi nabi sebelumnya..iaitu SOLAT..SOLAT ITU ADALAH MIKRAJ UMAT MUHAMMAD SAW DENGAN ALLAH dan ANUGERAH PALING BESAR KEPADA KITA.  Harus dikerjakan sebanyak 50 waktu tetapi akhirnya menjadi 5 waktu dengan nilai 50 waktu.  Semuanya kerana cintanya Rasulullah saw kepada umatnya.


Tamat.


Camtulaa yang mama faham.  Kalau Ustaz Norazman terbaca..jangan marah haa..


Selepas solat Isyak,  tetamu dijamu dengan Nasi Beriani Kambing, Ayam masak merah, Daging beriani, Jelatah dan kuih muih.


Lepastu kerja berat..nasib baik ada jiranku yang baik hati..i love u laa Kak Tom..













No comments:

Post a Comment