Assalamualaikum wbkt..
Kebelakangan ini semakin ramai terkeliru dengan pelbagai hujah tentang hadis yang dikatakan palsu. Termasuklah mama ini yang kurang ilmu dan kurang gurunya.
Kebanyakan pengetahuan agama mama kutip sejak kecil, dari cikgu mengaji sampailah cikgu sekolah dan ceramah ceramah terkini oleh ilmuan ustaz dan ustazah bebas dengan yang tak bebas.."bebas" maksudnya tak makan gaji.."tak bebas" maksudnya makan gaji kerajaan..istilah mama lerr tu..
Dari para ilmuan inilah mama dan mungkin juga kamu mendengar tentang pelbagai hadis yang mendokong akan ibadah kita untuk mendapat pahala yang besar di sisi Allah swt. Tetapi malangnya kebanyakan hadis yang kita dengar telah dikatakan palsu kerana dikalangan mereka sendiri telah berlaku khilaf..tah mana satu nak percaya dah..tak caya takut dosa..nak percaya..takut memfitnah Rasulullah saw yang tercinta..kira dua dua kita tanggung dosa..akhirnya kita yang marhain ini dibelenggu kekeliruan dan ketakutan...
JAKIM oh JAKIM..tidor kerr..? Sebarlah maklumat betul betul dari ULAMA MUKTABAR. Jangan dok diam..buat amalan untuk diri sendiri jerr..kami pun nak masuk syurga juga
Guna segala medan yang ada..TV..SURATKHABAR..KUTBAH JUMAAT..biar terang dan jelas...biar hilang haus kami untuk mengetahui yang mana benar yang mana tidak..
Mama suka berkongsi akan kata kata dari seorang hamba Allah..begini;
"Kita sebagai umat Islam hendaklah berlapang dada dalam perkara yang khilaf atau bukan qat'ie.
Janganlah kita cepat menuduh mereka sebagai puak wahabi . Apa yang mereka lakukan hanyalah ingin menyempurnakan tanggungjawab mereka iaitu menyampaikan apa yang mereka tahu.
Perjuangan mereka ikhlas untuk memurnikan akidah dan amalan umat Islam. Apapun amalan yang kita lakukan , hanya Allah SWT sahaja yang layak untuk membalasnya. Yang memberi kita pahala atas amalan kita adalah Allah SWT dan bukannya orang lain termasuklah ketua para wali seperti sheikh Abdul Kadir Al Jailani.
Amalan kita hanya di terima oleh Allah SWT hanya jika kita lakukan amal ibadat seperti yang di tunjukkan oleh Rasulullah SAW. Selain daripada itu , kita tidak tahu samada Allah akan terima amalan kita atau tidak , kerana Islam yang diiktiraf oleh Allah SWT adalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Sebab itulah sesetengah ustaz atau ulama meminta kita menjauhi amalan yang tidak mempunyai nas yang jelas yang ianya adalah datang daripada Rasulullah SAW .

Kita boleh meraikan pendapat serta amalan beberapa ulama2 terdahulu , tetapi akhirnya yang akan membalas segala perbuatan kita di dunia adalah Allah SWT. Sebesar mana pun tok guru atau ulama yang menjadi ikutan kita , beliau tidak boleh membalas walau sebesar zarrah pun akan amalan yang kita lakukan bahkan mereka sendiri pun terpaksa akur dengan pengadilan Allah di padang mahsyar kelak."
Wallahua'lam .
No comments:
Post a Comment