Assalamualaikum wbkt ..
Kalau rajin pi laa lawat blog saudara ni..nak cerita tak best..pergi sendiri dan baca. InsyaAllah mama akan masukkan beberapa artikel yang sangat menarik hati mama untuk dikongsikan kat sini..
PEMIKIRAN
Banyak terpengaruh dengan dua orang tokoh iaitu Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dan Imam asy-Syahid Hasan al-Banna. (Yang paling utama tentunya Rasulullah saw)
MOTIVASI
Selain daripada Imam al-Ghazali dan Hasan al-Banna, termotivasi dengan banyak individu terutamanya :
1. Saiyidina Umar al-Khattab
2. Saiyidina Ali
3. Khalifah Umar Abdul Aziz
4. Sultan Muhammad al-Fatih (pembuka Constantinople)
5. Sultan Salahudin al-Ayyubi (pembebas Baitul Maqdis)
6. Thomas Alva Edison (tokoh penciptaan- bukan Muslim)
7. Bruce Lee (tokoh seni tempur dan beladiri, dan pelakon- bukan Muslim)
8. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul AM Parti Islam)
9. Tok Kenali (wali Allah dari Kelantan)
10. Para Wali Songo
11. Ustaz Ashaari Muhammad (Pengasas Global Ikhwan)
12. Maulana Muhammad Ilyas (Pengasas Jemaah Tabligh)
13. Harun Yahya (pengkaji)
14. Syeikh Ahmad Deedat (pengkaji & pendebat perbandingan agama)
15. Syeikh Daud al-Fatani
16. Dr. Burhanuddin Al-Helmi
KEGEMARAN
Dunia keagamaan- membaca, mengkaji, berfikir, merancang, berdakwah, menonton, ditarbiah, mentarbiah, beribadah, bertukar-tukar fikiran, merawat...
BIDANG
Sedikit ilmu tentang tauhid, tasauf, gerakan Islam, gerakan umat, sejarah, motivasi, dakwah, perbandingan agama...
PERANAN
Orang kampung biasa, tiada jawatan, tiada kedudukan, tiada gelaran. Berdakwah kecil-kecilan, beribadah samping-sampingan. Pengamal rawatan dan perubatan Islam.
LAMAN-LAMAN YANG DIASASKAN
Satu Umat
Tajdid Segar Tajdid Sebenar
Mengenal Islam
Mengapa Islam
Menilai Semula Rakansiswa.com
Gagasan Ulama ASWJ
Al Marbawi
LAMAN-LAMAN PERSENDIRIAN
Bermesra Dengan Kebenaran Mutlak (Kajian)
Debunga Teratai Syurgawi (Dakwah & Peribadi)
Ikhtiar Muslim (Rawatan Islam)
LAMAN-LAMAN KULIAH/PENGAJIAN
Ihya' 'Ulumiddin
Kembara ke Sidratul Muntaha
Munyatul Musolli
Kuliah Akhir Zaman
KITAB-KITAB YANG PERNAH DIAJARKAN
1. Maazha Ya'ni Intamaa'i lil Islam (Syeikh Fathi Yakan)
2. Fadhail 'Amal (Maulana Muhammad Zakariyya)
3. Keperibadian Muslim/ Syakhsiyyatul Muslim (Dr. Muhammad Ali Al-Hasyimi)
4. 40 hadith Peristiwa Akhir Zaman (Syeikh Fahmi Zamzam)
5. Munyatul Musolli (Syeikh Daud al-Fatani)
6. Kimia' as-Sa'adah (Imam al-Ghazali)
7. Kifaayatul Muhtaaj fil Isra' wal Mi'raaj (Syeikh Daud al-Fatani)
8. Ihya' 'Ulumiddin (Imam al-Ghazali)
LAGU-LAGU CIPTAAN (Youtube)
Satu Umat (versi pendek)
Terfana (versi santai)
Terfana
Awal Baqarah
Muallij
Munajatku (versi 3)
Minajatku (versi 4)
MELIHAT ABU ZULFIQAR DARI SUDUT YANG MANA?
Rami orang mengenali saya dari sudut pandangan yang berbeza-beza, bergantung pada blog saya yang mana yang sering dikunjungi mereka.
Ada yang mengenali saya sebagai seorang mua'llij, iaitu pengamal perubatan Islam dan perawat, serta tempat orang meluahkan masalah dan meminta nasihat. Hal ini kerana mereka sering mengunjungi blog Ikhtiar Muslim di http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/ .
Ada yang mengenali saya sebagai seorang aktivis gerakan Islam, peduli isu Palestin dan peminat isu-isu semasa umat Islam di seluruh dunia. Hal ini kerana mereka sering mengunjungi blog Satu Umat dihttp://satuumat.blogspot.com/ .
Ada juga yang mengenali saya sebagai seorang ahli perbandingan agama, peminat teori konspirasi, pengkaji kitab-kitab suci agama dunia, peminat dan peneliti sejarah. Blog yang mereka kunjungi tentunya Bermesra Dengan Kebenaran Mutlak dihttp://myalexanderwathern.blogspot.com/ .
Ada pula yang memandang saya sebagai seorang ustaz aliran tradisional, berfaham kesufian, pengajar kitab, penggiat seni dan lain-lain. Tentunya kerana mereka sering melayari blog Debunga Teratai Syurgawi dihttp://alexanderwathern.blogspot.com/ dan Ihya' 'Ulumiddin dihttp://syarahihya.blogspot.com/ .
Inilah 5 blog utama saya di samping beberapa blog lain.
Oleh itu, apabila mereka membuat penilai terhadap sesuatu isu, mereka menilai saya berdasarkan HANYA SALAH SATU daripada yang di atas. Penilaian dan hukuman yang diletakkan itu tentunya sukar menjadi adil dan jauh daripada tepat kerana mereka melihat hanya salah satu sudut daripada sudut-sudut pemikiran saya. Namun begitu, mereka tidaklah boleh dipersalahkan kerana biasanya seseorang itu punya hanya satu blog. Jadi saya pun disangkakan mempunyai hanya satu blog lalu saya dinilai dan dihukum berdasarkan blog yang satu itu.
Dari itu, bagi sesiapa yang terbaca tulisan ini, untuk menilai saya atau meletakkan sesuatu hukum kepada saya, sewajarnyalah melihat saya dari kesemua sudut yang di atas tadi. Layarilah kelima-lima blog saya itu, barulah dapat mengenali pemikiran saya dengan lebih baik kerana saya ialah gabungan kelima-limanya, insyaAllah.
Tulisan ini terhasil kerana sering berlaku 'salah cop'. Ada yang mengecop saya sebagai seorang yang menghabiskan masa duduk berwirid dan menelaaah kitab sahaja. Ada pula yang menyangkakan saya seorang yang asyik berusrah, berqiamulail dan berprogram di sana sini sahaja. Ada yang beranggapan saya tidak lain seorang guru agama yang menyusun masjid dan surau setiap malam sahaja. Ada pula yang menyangka saya seorang ahli jemaah Tabligh yang 'keluar' ke sana sini sahaja.Lebih hebat lagi, ada yang menuduh saya ahli ajaran sesat.... aduhhh! Tak kurang yang menyangkakan saya seorang aktivis parti politik yang asyik dengan gerak kerja dan program ceramah sahaja. Juga yang percaya saya seorang ahli kumpulan nasyid yang saban hari berlatih persembahan, bermain alat muzik dan menggubah lagu sahaja. Yang mengatakan saya hanyalah seorang perawat Islamik yang kerjanya merawat orang setiap hari pun tak kurang. Macam-macam lagi ada...
Nak tahu apa isi kolam, lihatlah isi 5 batang anak sungai yang mengalir ke dalamnya. Umumnya, itulah isi kolam tersebut. Jangan menilai dan menghukum isi kolam itu berdasarkan hanya satu daripada lima anak sungai tadi.
Apabila berlaku salah menilai dan salah menghukum, hendak menjelaskan kembali satu-persatu kepada orang tersebut memang akan memakan masa lama. Dengan adanya artikel ini, jika berlaku lagi nanti, mudahlah saya. Saya akan terus beri link ke artikel ini untuk dibaca oleh orang berkenaan.
http://alexanderwathern.blogspot.com/2011/07/melihat-abu-zulfiqar-dari-sudut-yang.html
SEJARAH NAMA 'ALEXANDERWATHERN'
Thursday, November 27, 2008
TENTANG PENGARANG

Ketika mula mengenali internet, saya terjumpa satu forum antara agama dari Indonesia. Itulah forum yang pertama bagi saya. 99% yang berforum di sana adalah dari Indonesia, maka tulisan-tulisan saya pun kadang-kadang bernada Bahasa Melayu Indonesia. Yang bagusnya, forum ini memberi sedikit-sebanyak pendedahan kepada saya untuk memahami Bahasa Melayu Indonesia. Selepas itu saya menjadi mudah menyesuaikan diri dengan lain-lain forum Indonesia.
Saya sudah lupa nama forum itu. Kalau tidak silap namanya “Inilah Kebenaran” tapi tidak sama dengan satu lagi laman menentang dakyah Kristian dari Malaysia yang namanya juga “Inilah Kebenaran’. Forumnya begitu ringkas, tidak seperti forum-forum hari ini yang jauh lebih canggih. Kita tidak perlu mendaftar pun. Kadang-kadang orang lain menggunakan nama samaran kita untuk memfitnah kita, lucu juga rasanya apabila terkenang kembali zaman itu.
“Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain”.
Forum itu ada tiga bahagian. Satu bahagian untuk membincangkan agama Islam, satu bahagian untuk agama Kristian dan satu lagi untuk lain-lain agama. Saya begitu aktif mengadakan diskusi dan perdebatan terutamanya dengan para penganut agama Kristian dan Hindu. Selain itu ada juga yang beragama Buddha dan yang tidak beragama.
Sebelum menghantar “posting” pertama, kita kena ada satu “nickname’ atau nama pena/ samaran. Saya pun berfikir panjang untuk mencari satu nama yang sesuai dengan kerja-kerja saya mendakwahkan agama Islam dan menangkis dakyah agama-gama lain terutamanya agama Kristian.
Saya teringatkan kisah Iskandar Zulqarnain yang dipercayai sebagai Alexander the Great oleh sebahagian orang (ketika itu saya juga cenderung meyakini hal ini). Dia seorang pemerintah zaman dahulu yang berjaya menyebarkan agama tauhid hampir ke seluruh benua Eropah, Asia dan Afrika. Empayarnya sangat luas. Saya hendak menjadikan kisahnya sebagai motivasi untuk saya memperjuangkan agama Islam. Maka saya ambil namanya Iskandar. Untuk disesuaikan dengan suasana forum tersebut, saya gantikan Iskandar dengan Alexander.
Bagaimana dengan “Wathern”? Ada seorang lelaki Barat bernama Wathern memeluk agama Islam lalu mengahwini wanita Muslim. Ketika itu saya sangkakan dia benar-benar memeluk agama Islam dengan ikhlas hati. Jadi saya mengkagumi pengorbanannya sebagai seorang muallaf. Tapi kemudian ternyata dia masuk Islam hanya untuk berkahwin. Selepas itu pelbagai peristiwa berlaku (tidaklah saya panjangkan di sini). Status agamanya kini entahlah, tapi saya terus menggunakan "Alexanderwathern" kerana sudah lama menggunakannya.
Terjawablah sudah perihal nama “alexanderwathern”. Selain nama ini, saya juga pernah menggunakan beberapa nama lain seperti abuzulfiqar, alexwathern dan JinNanonano. Sekian.
“BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw”

"Pandang Global, Bergerak Sebagai Satu Umat"
Abu Zulfiqar @ Alexanderwathern
13 MEI 2007
13 MEI 2007
No comments:
Post a Comment