Assalamualaikum wbkt..
Ingat tak mama ada janji nak suruh hubby kongsi pengalaman dia kat sini..alaa..puas pujuk suruh dia buat. Respon dia macam tak mahu jerr..jadi terpaksalaa mama jadi tukang sampai cerita..tapi tak best macam yang keluar dari mulut hubby mama..
Kalau nak tahu diari perjalanan hubby semasa program ziarah, sila laa lawat halaman ini..ada gambar hubby mama bersama kumpulannya semasa program ziarah tersebut..
Antara pengalaman menarik yang hubby tempuhi semasa perjalanan Ziarah ini ialah..
- Hubby mama sebenarnya terpaksa naik bas pergi ke Kelantan, jadi dia tak sempat ke Terengganu seperti kawan kawan yang lain. Rupanya rezeki dia nak bertemu dengan Imam kepada Sultan Kelantan, sangat ramah..macam macam cerita dia dapat termasuklah akan kebaikan Sultan Kelantan yang digelar Khalifah oleh rakyatnya..
- Hubby berkumpul dengan kumpulannya di Kota Bharu, selepas aktiviti di tempat Tuan Guru Nik Aziz mereka ke Makam Tok Kenali. Hubby kata makamnya sejuk..terasa tenang dihati..
- Dijemput oleh seorang kenalan (memang pada mulanya tiada di dalam perancangan..tetapi Allah swt lorongkan waktu dan halatuju ke arah tempat kenalan ini..sesungguhnya Allah swt telah merancang dan menentukan, jadi tak dapat nak elak) Kenalan ini telah membawa hubby dan kawan kawan dia menuju ke Makam Ibrahim Libya dan Syuhada ketika Peristiwa Memali..Hubby kata kawasan kubur tu memang wangi. Tetapi bukan bauan minyak attar seperti digembur gemburkan orang. Baunya lembut dan datang sesekali ketika ditiup angin..
- Kenalan itu juga telah membawa mereka bertemu dengan seorang Hamba Allah bernama Mat Tariq yang sangat merendah diri, lemah lembut dan kata katanya penuh bijaksana..hubby kata..macam "wali Allah".
- Selepas itu mereka menziarah seorang tokoh ulama yang dikatakan oleh saudara Mat Tariq iaitu "Pak Cu Mid"...mereka dapat salinan kitab, Pak Cu Mid suruh kaji kitab ini..
- Selepas itu mereka meneruskan perjalanan ke Makam Ustaz Fadhil Noor, kat Makam ni hubby menyaksikan sehelai daun bergerak sendiri. Pada mula daun kering tu dalam kedudukan melintang di atas makam, semasa mereka bertahlil daun itu bergerak perlahan lahan dan mengubah kedudukan lurus sebaris makam. Hubby suluh tempat itu..kot kot ada semut..tapi takda apapun..
- Selain daripada itu hubby kata ada satu ketika ketika mereka pergi bersarapan di sebuah gerai, mereka terpandang seorang hamba Allah yang kelihatan biasa "kira dalam hati kata orang takda apa apa"..takda laa mereka hiraukan. Tetapi ketika hendak bayar kepada tuan kedai, tuan kedai kata dah kena bayar..mereka tanya siapa..tuan kedai tu kata orang yang sekian sekian. Tahulah mereka rupanya orang yang kelihatan biasa tadi dan bila ditoleh dia dah tiada kat situ..dah berlalu tanpa disedari oleh hubby dan kawan kawan dia..banyak juga nak bayar tu..tujuh kepala, masing masing makan roti canai seorang 2 keping dengan teh tarik..siapalah hamba Allah tu kan..?
- Mereka bertemu dengan seorang hamba Allah yang boleh membaca peribadi seseorang..hanya dengan berjabat tangan dan bertentang mata..
- Salah seorang kawan gelihati melihat seorang lelaki yang kelihatan lucu atau mungkin juga cara dia macam "orang gila". Jaraknya jauh juga, tetapi tiba tiba lelaki itu datang dan menghampiri kawan yang gelihati sangat tadi..betul betul menghadap dan memandang tepat kat arah kawan tu..masing masing hulur sedekah dan diapun berlalu..
Itu jer yang mama ingat..minta maaf jika kurang menarik dihati kalian..
No comments:
Post a Comment