Thursday, 21 June 2012

USTAZ NAVI BERHUJAH PERSOALAN ISRAK MIKRAJ

Assalamualaikum wbkt..

Dah berlalupun bulan Rejab dengan sejarah dan hikmahnya, selamat datang bulan Syaban, bulan yang membawa Ramadan di belakangnya.  Tentu ada yang tidak sabar menanti Syeikh Habib Ramadan yang dikasihi kerana bulan ini Allah swt menjanjikan pelbagai imbuhan yang menguntungkan dunia dan akhirat..

Tetapi mama bukan nak cerita pasal Syaaban dan Ramadan,  cuma mama terpanggil untuk berkongsi cerita tentang persoalan kurang bijak dari beberapa manusia yang tak berapa nak cendiakawan. Persoalan ini telah dijawab sebaik mungkin oleh Ustaz Navi..(seorang guru agama di taman tempat mama tinggal)...Ustaz Navi telah bentangkannya semasa malam meraikan Peristiwa Israk Mikraj peringkat Taman.  Walaupun ustaz tidak bercerita sepenuhnya tentang perjalanan peristiwa tersebut,  sekurang kurangnya masih menyentuh tentang peristiwa Israk Mikraj..mama suka...bila balik rumah, tanya anak anak dan mereka juga faham walau masih kecil..kira okey laa tu..selebihnya kena ulang dan ulang supaya melekat di dalam kotak fikiran..Mungkin sedikit tetapi sekurangnya ada..kan... kan..

Antara Persoalan yang diperkatakan..


Nabi dibelah dada masa dia kecik2 dulu, dan ketika sblm israk mikraj. Persoalannya, kenapa perlu dibelah dan dicuci hati baginda? Bukankah Tuhan boleh je bersih tanpa perlu dibelah dan dibasuh?

Peristiwa itu adalah sebagai simbolik, pengajaran dan hikmah yang sengaja Allah kurniakan kepada manusia. Bahawa jika makhluk ingin mendampingi Allah swt hatinya perlu bersih. Selain daripada itu, dari peristiwa inilah dikatakan Bapa kedoktoran iaitu Ibn Sina mendapat ilhamnya tentang teknik pembedahan , dimana manusia boleh dibedah untuk dirawat terus ke organ dalam manusia. Hasil kajian moden juga tidak dapat menolak ubat bagi penyakit hati dan darah ialah dengan mengantikan darah baru yang bebas dari sebarang kotoran. 

Teknik penyucian jiwa lewat yang dilakukan pelbagai aliran tasawuf dan sufi juga mengambil pendekatan ini.

Teknik psikologi juga memerlukan pemusatan pengosongan jiwa dari sebarang masalah sebelum jiwa yang lara itu di ubati secara psikologi. 

Kesemua teknik – teknik ini di ambil hasil dari peristiwa tersebut.


Semasa israk, Nabi  singgah di satu masjid di Baitul Maqdis dan mengimami solat yg mana makmumnya ialah semua nabi2. Persoalannya, boleh ke kita mengimami solat yang makmumnya ialah orang2 yang dah mati? Apa hukumnya ya?

Kalau Allah mampu mencipta manusia dari tiada kepada ada, bukankah lebih mudah bagi Allah mewujudkan barang yang memang sudah ada.  Apatah lagi menghidupkan sesuatu yang dulunya memang ada, sekarang tiada kepada ada.

Tidak ada pula di dalam hukum mengatakan mengimamkan jin atau roh akan membatalkan solat tersebut.  Jadi kita boleh mengimamkan makhluk ini tanpa ada perselisihan pendapat dari pelbagai pihak.

Masa israk mikraj itu baru Nabi diberi oleh Tuhan pasal SOLAT? Jadi bagaimana cara baginda solat sebelum israk mikraj sedangkan baginda tak dapat lagi perintah solat dari Tuhan?

Sebelum disyariatkan Ibadah Solat seperti yang di buat sekarang, sudah ada ibadah – Ibadah solat telah dilakukan semenjak Nabi Adam as sehingga ke Nabi Nabi selepasnya sehingga ketika Nabi Muhammad saw. Bermakna Rasulullah saw bersolat dengan cara moyangnya Nabi Ibrahim as..

Selain dari itu Allah swt memerintahkan terus kepada Nabi bukan perantaraan Jibril untuk menunjukkan betapa pentingnya Solat, lebih utama dari segala galanya...


Nabi dikatakan “NAIK” ke langit. Apa yang dimaksudkan dengan “NAIK” tu? Dan secara pastinya, apabila dikatakan “naik”, mestilah ke atas. Dan kita sedia maklum bahawa bumi ni bulat. Jadi, arah manakah yang sebelah atas?? 

Bab ini mama kurang jelas dengan penerangan ustaz.  Cuma dia ada kata tentang matahari yang naik,  bukan bermakna matahari itu yang bergerak naik..camtu laa..dan beberapa contoh..adehh..lembab betul fikiran mama ni nak faham..heheh..

tapi kalau tanya mama..sudah tentulaa mama kata Allah swt tu kan Maha Berkuasa, bila dia kata kun fa ya kun..jadi..jadilah.  Kan dah dikatakan Rasulullah saw telah naik ke langit dengan menaiki tangga, satu langkah anak tangga di pijak, satu lapisan langit dia sampai..jadi Rasulullah saw naik ke atas langit guna tangga ajaib yang Allah swt adakan..payah ker nak fikir..sibuk sibuk nak fikir logik,..logik perr..Allah swt kan tuhan..bukan makhluk lemah macam kita..kalau dia kata nak kita mati..sekarang juga kita mati..

Nabi telah masuk ke syurga dan neraka dan melihat manusia di sana. Persoalannya, mcm mana boleh ada orang kat sana sedangkan kiamat pun belum lagi? Bukankah sepatutnya kosong dulu sbb semua manusia tgh hidup kat dunia? Kalau ada yg dah mati pun, bukankah mereka masih di alam Barzakh?

”Di perlihatkan” bermakna Nabi s.a.w. di paparkan peristiwa yang pasti berlaku di suatu masa akan datang samada hal keadaan di dalam syurga mahupun di dalam neraka. 

Bukankah taraf Nabi ialah KEKASIH TUHAN? Dan bukankah baginda juga ada mengaku bahawa baginda itu sendiri adalah “gedung ilmu” (yg mana Ali ialah kuncinya). Bermakna, apabila menjadi kekasih kepada Yang Maha Mengetahui, SECARA PASTINYA, pengetahuan baginda adalah kedua selepas Allah swt dalam keseluruhan alam semesta. Jadi, bila dah mcm tu, kenapa masih tanya Jibril masa perjalanan israk? “Jibril, apa tu?".."

Nabi Muhammad saw itu orangnya sangat tawaduk dan menghormati orang lain.  Orang yang merendah diri walau mereka dah tahu, mereka tetap bertanya untuk mendapat jawapan yang baru dan menambah ilmu.

Begitu juga yang berlaku kepada Nabi Ibrahim walaupun meyakini ALLAH mampu menghidupkan yang mati, tetap minta pada ALLAH untuk menunjukkan contoh bagaimana DIA menghidupkan yang mati, demi menambahkan keyakinannya.

Israk Mikraj itu merupakan satu peristiwa penting utk semua penguni langit. Maka secara pastinya semua penghuni langit tahu siapa yg datang. Persoalannya, kenapa bila tiap tiap kali sampai pintu langit, penjaga langit tersebut akan bertanya “Siapa tu?” sebelum bukak pintu,  Kalau dah tau siapa yg datang, kenapa masih tanya?

Dikatakan yang berurusan turun naik langit bukan Jibril sahaja,  ramai lagi malaikat yang bertugas, Selain dari itu memang telah diperintahkan oleh Allah swt supaya malaikat penjaga pintu langit bertanya setiap kali ada yang ingin melalui pintu langit,  mereka hanya menurut perintah.

Contoh ni mama dapat dari seorang penulis..

untuk masuk keistana perlu melalui banyak pintu, contohnya pintu gerbang, pintu ke balai penghadapan, pintu ke balai santapan dan macam – macam lagi.Dan setiap pintu itu ada pengawalnya.Baik, Sultan sudah pun menitahkan kepada seluruh kakitangan Istana bahawa sekian waktu dan tarikh seorang tetamu Istimewa bakal datang. Wajar atau tidak setiap penjaga pintu – pintu gerbang istana bertanya siapakah yang dibawa oleh Panglima Dalam tadi (si Sang utusan Sultan).Walaupun mereka tahu tetamu istimewa bakal datang hari itu bahkan mereka sudah diberitahu siapa pun dia tetapi untuk konfimasi/kepastian pasti sang penjaga tadi tetap akan bertanya siapa itu bersama dengan panglima tadi? samalah halnya keadaan Nabi s.a.w.

Kalau anda kerja di pejabat misalnya yang takde CCTV di pintu, walaupun anda tahu ada menteri akan buat lawatan ke syarikat anda pada hari ini, tetap saja bila ada orang “ding dong” pintu anda, anda akan tanya siapa dulu, ye kan? Tak kan la asal ada orang “Ding dong” terus anda akan buka? Amboi.. payah la macam tu, kang hilang barang ofis kang….

Bila nak sampai Sidratul Muntaha, Jibril cakap yang dia tak boleh lepas sempadan tuh. Kalau diteruskan juga, maka Jibril akan terbakar. Persoalannya, bukankah malaikat itu dijadikan daripada cahaya? Mcm mana cahaya boleh “TERBAKAR”? 

Iblis asalnya dari api, kenapa dia masih dapat merasa pedihnya api neraka? Kerana api neraka itu lebih panas dari dirinya..begitu juga Jibril yang diciptakan dari cahaya, tetapi tidak mampu berdepan dengan cahaya Allah yang berganda ganda hebatnya..


Atas dasar apa Abu Bakar terus percaya pada kes Israk Mikraj tu? Ya, Abu Bakar sememangnya diberi gelaran As-Siddiq (yang membenarkan) kerana mengiyakan segala apa yang Nabi perkatakan. Tetapi dia bukan jenis ikut buta2. Maka atas dasar apa, dan atas rasional apa dia percaya kepada apa yang Nabi cakap?

Nabi Muhammad saw selama hidupnya sejak kecil hingga dewasa,  Baginda tidak pernah berkata bohong.  Bila mana seseorang insan tak berbohong langsung sepanjang hidupnya…bila diceritakan sungguh sungguh apa yang berlaku pada dirinya sudah tentu dia akan percaya.


Gitulaa kupasan yang dibicarakan oleh Ustaz Navi.  Kot ada yang tertinggal maaf yer Ustaz..al maklum laa dah nak senja ni..camtu laa.  

Dah pukul 9:30 malam..lapau.  Lepas solat Isyak berjemaah kami dijamu dengan Nasi lemak, rendang daging dan ayam..Alhamdulillah.























No comments:

Post a Comment