Assalamualaikum wbkt..
Baru sebentar tadi hubby telefon, hantar report bas nak ke Kelantan baru sampai di Terminal 1, Seremban. Fuhh..lama juga tunggu tu..sejak pukul 8 15 sampai pukul 10 30 baru bas tiba..katanya jalan jam teruk kat Kuala Lumpur, tu sebab lambat sampai.. Maknanya hubby akan ketinggalan menghadiri program Kuliah Subuh bersama Tok Guru kat Kelantan pada pagi esok...yerlah..patutnya kalau bas bertolak tempat pukul 9 malam, maknanya hubby akan tiba di Kelantan dalam pukul 5 pagi..jadi sempat lah nak pergi Kuliah tu..sian dia..
Kalau mengikut pelan asal, hubby pergi bersama KRU Surau Kg Tengah, Kuala Pilah yang bertolak pada hari sabtu malam ahad dan tiba ke destinasi pertama iaitu Negeri Terengganu pada pagi ahad tersebut. Program di Terengganu ialah bertemu Tuan Guru Hadi Awang dan melawat beberapa makam, antaranya makam Tokku Paloh.. Tetapi hubby tak dapat ikut sebab cuti pada hari sabtu dan ahad telah dibatalkan, jadi nak tak nak kena kerja, tetapi cuti pada hari isnin hingga rabu telah diluluskan jadi hubby terpaksa naik bas dan jumpa KRU di destinasi kedua di Kelantan..
Hajat (mama) besar nak turut serta tetapi tak sesuwai sebab mereka kesemuanya lelaki. Tidur pula..tak dalam van, tidur kat surau. Cuma di destinasi ke 3 iaitu Negeri Kedah, hubby ada kenalan kat sana. Mereka akan berehat di rumah anak yatim milik kenalan..
Semoga Allah swt. melindungi keselamatan dan melancarkan urusan dan perjalanan hubby dan rakan rakan yang lain...aamiinn..
Apapun..kerana program yang hubby ikuti..mama terpesona untuk mengenali para wali Tanah Melayu yang telah pergi menghadap Ilahi dengan meninggalkan namanya yang harum...
Sebelum ni mama ada cerita pasal Tuan Tulis, Ulama dan juga Wali yang terkenal di Negeri Sembilan terutama di Kuala Pilah.
Ikuti sejarah Tokku Paloh untuk artikel seterusnya..sambil menulis, menambah dan berkongsi ilmu pengetahuan..InsyaAllah..aamiinn..
Saya cuma ambil yg haq sahaja,apa yg bathil saya dan keluarga saya pulangkan semula
ReplyDelete