Tahu ke selimut kain poco..? Apa poco tu erk..? Sama macam poco poco ker..? Selimut tentulah tahu, sehelai kain lebar yang diperbuat dari pelbagai fabrik untuk menghangatkan malam kita ketika tidur. Tapi apa itu selimut kain poco..?
Poco tu sebenarnya perca atau lebihan kain yang telah dipotong untuk membuat pakaian atau apa sahaja produk yang berasaskan kain. Jadi perca kain yang kecil kecil tadi sudah tentu tidak sesuai untuk dibuat pakaian tetapi bagi kaum ibu zaman dedulu mereka tak suka membazir. Paling penting mereka sangat rajin dan sangat kreatif...
Mama sempat mengunakan selimut kain perca ni semasa tinggal kat kampung dahulu, sebab arwah mak mama dahulu rajin membuatnya. Arwah mak ambil upah menjahit jadi kain lebihan tu tidak dibuang begitu jer. Mama masih ingat macam mana arwah mak potong kain dengan pelbagai size, cuma bentuknya standard..mesti empat segi tepat atau panjang. Kira ikut jenis perca laa.
Lepas tu dia akan sambungkan akan setiap cebisan kain itu hingga jadi lebar macam selimut. Tetapi bukan mudah sebab kena sambung satu satu. Macam gini lah rupa selimut kain perca tu bila dah siap..
ihsan google |
Selain buat selimut, sebenarnya kain yang telah bersambung sambung ini sering digunakan untuk cadar, tabir dan letak kat siling bilik.
Kakcik ada beli selimut kain perca ini yang dijual dengan harga RM20 sehelai. :)
ReplyDeletesalam...dulu atuk fatiha rajin wat selimut poco ni....
ReplyDeleteterimakasih Kak Cik ngan FatihaNur..
ReplyDeleteselimut kain perca memang payah nak jumpa jual kat kedai atau pasar malam. Kalau adapun online..Kak Cik beli kat mana agaknya yer..? kat kg sekarang pun dah tak guna selimut ni..anak anak pun dah pandai demand nak selimut kartun RM 10.00 yang selalu jual kat pasar malam tu..
jadi tinggal kenangan jerr lah..