Tuesday, 19 June 2012

DARI LENSA KEVIN CARTER BUAT ANDA BERSYUKUR

Assalamualaikum wbkt..

Baru baru ini ada seorang kenalan kat FB share sekeping gambar seorang kanak kanak yang sangat kurus sambil diperhatikan oleh seekor burung hering "binatang ni pemakan bangkai".  Rupanya gambar itu juga menimbulkan penyesalan di hati si photographer hingga beliau mengambil keputusan membunuh diri..sebab tidak membantu kanak kanak itu dengan cara yang sepatutnya...khabarnya dia hanya menghalau burung itu beberapa kali dan meninggalkan kanak kanak itu begitu sahaja.  Sebenarnya kisah ini dah lama...mama pun lupa pernah tahu atau tidak..

kanak kanak ini rupanya sedang merangkak ke tempat bantuan makanan dan berhenti seketika kerana tidak bermaya


Carter telah mendapat anugerah di atas gambar yang diambil..tapi.setiap hari hidupnya sentiasa dihantui oleh perasaan serba salah dan sering menangis.. kerana tidak menyelamatkan kanak kanak malang tersebut..

Berikut adalah kandungan diary beliau;



Dear God, I promise I will never waste my food no matter how bad it can taste and how full I may be. I pray that He will protect this little boy, guide and deliver him away from his misery. I pray that we will be more sensitive towards the world around us and not be blinded by our own selfish nature and interests.


I hope this picture will always serve as a reminder to us that how fortunate we are and that we must never ever take things for granted. 

Please don't break.. keep on forwarding to our friends On this good day. Let's make a prayer for the suffering in anywhere any place around the globe and send this friendly reminder to others Think & look at this...when you complain about your food and the food we wasted daily


wajah Mendiang Kevin Carter


Di sini mama kongsikan beberapa hasil kerja beliau..sebenarnya ia sangat menyeksa hati dan perasaan bagi seorang insan yang normal.  Mama dapat rasakan apa yang menjadikan dia sangat patah hati..


kanak kanak perempuan merangkak ke arah seorang lelaki merayu untuk meminta sedikit makanan di dalam bungkusan
seorang ibu memangku anaknya yang tiada kudrat kerana kehausan dan kelaparan




Apa yang anda fikirkan bila melihat gambar gambar di atas...?

Teringat satu ayat dari surah ar-Rahman...bermula di ayat 13 dan diulang ulang beberapa kali oleh Allah swt..

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"

Amat malu dengan Allah swt kerana tidak penuhi hakNya dengan sepatutnya sebagai seorang makhluk Allah swt yang bersyukur kepadaNya.

Sungguh mama rasa sangat bertuah kerana berada di bumi Malaysia yang sangat bertuah ini.  Payah nak jumpa orang yang kelaparan dan kehausan seperti mereka di bumi Malaysia ini.  Paling tidak kita di sini masih dapat meneguk air paip, sungai atau perigi...dan makan apa sahaja tumbuhan yang boleh dimakan kerana bumi ini sangat subur...paling tidak rakyat Malaysia memang pemurah dan sangat perihatin..hanya perlu meminta..InsyaAllah sentiasa menghulur..

Terimakasih Allah..kerana menempatkan makhluk Mu ini di sini,  sentiasa diselubungi kenikmatan...janganlah kau jadikan aku orang yang lupa kepadaMu..jadikanlah aku orang yang sangat bersyukur kepadaMu..










2 comments: