Monday 10 October 2011

BANGGA JADI PEREMPUAN


aku bangga jadi perempuan..Alhamdulillah


Sedap mulut jer korang mengata pasal perempuan

Sedap mulut juga korang komplain pasal dilahirkan jadi perempuan

Mai sini nak cerita pasal perempuan....

Jangan nyesal baca..nanti kamu akan tertawan

Siapa kata senang menjadi perempuan

Nak kena tutup sana, nak kena tutup sini

satu kewajipan untuk perempuan

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x heran

Perempuan, stoking pon dalam list pakaian

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan seharian

Komfem kamu semua tak akan tahan

Tapi, perempuan cool jek kan

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata senang  jadi perempuan

Penyakit datang setiap bulan

Kena kerja juga sebab bukan alasan

Walau sakit di perut..tetap ditahan

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek kan

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit sakitan

Tapi, perempuan hidup berpuluh tahun dgn penyakit setiap bulan

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan

Hebat kan perempuan..

Siapa kata senang jadi perempuan

Hati yang lembut Allah telah  kurniakan

Cepat jek sensitif dan mudah merasakan

Cuba tengok orang putus percintaan

Selalu perempuan yg paling susah nak melupakan

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru..kan..kan..

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis sakan

Atau lelaki yang takda perasaan

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut itulah setiap perempuan

Seronok berdua masuk labour keseorangan

Sakit meneran sorang sorang ditelan

Mengegar dunia dengan menghayun buaian

Ikhlas menjadi ibu mendidik dan membesarkan

Hebat tak perempuan..?


Disebabkan susahnya nak jadik perempuan

Dengan Allah perempuan merajuk sakan

Diorang cakap, Allah takda keadilan

Kenapa lelaki Allah lebih lebihkan..?

Kenapa cakap suami perempuan kena utamakan..?

Kenapa bawah tapak kaki suami terletaknya syurga perempuan..?

Padahal tersangatlah susah menjadi perempuan

Orang kata nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, membebellah kaum perempuan

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan

lelaki x payah tutup pon..bolehlah kan..

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki ahlan wahsahlan

Diorang sanggup gadaikan diri dengan janji manis kekasih yg busuk hati..kesian


Sanggup rosakkan diri diorang sebab buruk sangka kepada Allah di dalam fikiran

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah tiada keadilan

Sekarang ada satu persoalan

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Ketika melahirkan pahala berganda diberikan

Suci dari dosa..Allah ampunkan

Doa ibu Allah utamakan

Wahai anak anak jangan nak melawan

Takut bauan syurga kita tak merasakan..

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami kalian

Tapi, cuba ingat balik, syurga anak lelaki kalian

Terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibu ibu sekalian

Betul, cakap suami isteri kena utamakan

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada para ibuan

 3 kali lebih utama daripada ayahnya sekalian

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Syurga isteri terletak di bawah kaki suami kalian

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri sahaja..kan..kan..

Seorang lelaki bergantung syurga untuk 4 perempuan


Jika ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki..wahai perempuan

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan

Subhanallah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg kurniakan

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang

Banyak betul lagu lagu pasal perempuan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH, mujahid perempuan

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan

Dekat dunia Allah telah tunjukkan

Tengok pula, bila seorang lelaki menerima kejayaan

Orang akan cakap belakang dan depan

Disebalik kejayaan seorang lelaki di belakangnya terdapat seorang perempuan

Kita x pernah dengar akan percakapan

Terdapat seorang lelaki di sebalik kejayaan seorang perempuan

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan

Paling senang masuk syurga adalah kaum perempuan

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan

 (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


X adil lagikah Allah dekat perempuan

Sedarlah kita wahai perempuan

Betapa sayangnya Allah dekat kita ni kaum perempuan

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasaskan

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Wanita solehah adalah seindah hiasan

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan..kan..




didik wanita terdidik generasi...





















Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi..

No comments:

Post a Comment