Monday 24 October 2011

MAMA GUMUK

"baby gemuk tetap cute dan disayangi....untunglah kau baby"
Jam dah tunjuk tepat pukul 12 tengah malam,  mata mama tersangatlah mengantuk tetapi mama tak mahu tidur lagi..nak tahu kenapa..?  Sebab mama baru dapat idea untuk satu lagi entri..entri tu korang tengah baca sekarang ni.


Bab gemuk.  Mama memang kategori gemuk.  Mengaku sajalah.  Ada aku kesah..?.  Masa zaman anak dara takda laa langsing macam erra fazira...kira kategori berisi juga.  Jadi bila dah kahwin..beranak pulak..badanpun bagaikan kek span gamaknya.  

Tetapi mama tidak pernah meletakkan diri mama sebagai orang yang hina atau orang kelas kedua di dalam masyarakat.  Sapa sapa boleh kawan dengan mama dan mama tetap menampilkan diri supaya dapat berkawan dengan sesiapa sahaja yang sudi dengan siapa mama.

Ada orang kata orang gemuk selalu merendah diri dan takda keyakinan diri.   Ermm..rasanya tak semua kot...sebab mama bukan begitu..mama ada kenal seorang kawan yang lebih gemuk dari mama,  walau dia gemuk dia sangat disenangi dan mempunyai ramai kawan. 


Kepada wanita wanita gemuk di luar sana janganlah merasa rendah diri bila kamu gemuk.  Sebenarnya kita harus memanjatkan syukur kehadrat Allah kerana walau kita gemuk kita tetap sempurna segala anggota.  Jangan asyik nak sempurna di mata manusia hingga kita lupa amalan kita tidak sempurna di sisi Allah.  Gemuk bermaksud kita selera makan dan orang selera makan adalah orang yang sihat.  Tak caya..? Cer tengok..orang sakit mana ada selera makan..

Betul apa yang dikata, kita perlu hargai diri kita terlebih dahulu sebelum nak orang hargai kita. Jadi tanamkanlah di dalam diri "aku cantik" barulah orang akan nampak kita cantik.  Kalau dah gemuk jangan pakaian pun semborono jerr..jadi bahan ketawa orang.  Orang kata ukur baju di badan sendiri,  pastikan sempurna tutup auratnya.  Selain dari itu makan minum kena jaga juga supaya tidak dihinggap penyakit kronik yang akan menyusahkan orang sekeliling kita..

Dipinggir sebab gemuk..? mungkin ada segelintir yang memilih untuk berkawan dengan yang cantik tapi tetap ada yang tak memilih dalam berkawan. Kita hanya dipinggirkan bila orang sekeliling merasakan yang kita ni sombong atau berperangai buruk. Sebenarnya menyombongkan diri sebab rendah diri yang menebal di dalam diri.  Jadi lepas ni cuba beramah tamah, murahkan senyuman, bergaul dengan jiran taulan...perempuan dengan perempuan laa,  jangan dengan laki orang..kang kot kena ganyang..

Orang gemuk tak ada lelaki/ perempuan yang suka...?  Ish ish mana ada...Tak perlu risau bab jodoh.  Jodoh adalah ketentuan Allah,  Kalau nak tahu perempuan ni macam makanan juga...ada orang suka lepat liat..ada orang suka kek cheese gebu,  ada orang suka kuih denderam hitam menawan...dan masing masing tak suka dengan selera orang lain...jadi orang lelaki ada citarasa mereka sendiri...ada suka gemuk, ada suka kurus melidi, ada suka serba sempurna...pokok pangkal..HATI.

Lelaki yang ikhlas mencintai kita adalah lelaki yang menerima kita seadanya...Insyaallah bahagia hingga ke hujung nyawa.

No comments:

Post a Comment