Tuesday 18 October 2011

DON DANIYAL DON BIYAJID SEMAKIN DIKENALI

Assalamualaikum...apa khabar tetamu tetamu mama yang hebat..terimakasih sebab sudi singgah kat sini..

Tak kenal maka tak cinta...Ustaz ni rupanya Pensyarah dari Jabatan Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Kolej Universiti Islam Antarabangsa.  Baru 27 tahun,  berasal dari Pulau pinang dan lulusan Universiti Al Azhar..

Wahh.. semakin terkenal Ustaz Don Daniyal ni yerr...sapa sapa yang tak tengok TV Al Hijrah memang laa tak kenal dia..tapi bagi yang suka melangok depan TV  di channel Al Hijrah pada setiap hari tepat jam 10.30 @ 11 malam (sila lihat siaran rancangan..kalau ada Astro boleh tengok info sebab jadual tak sama pada setiap hari) kenal sangat laa muka Ustaz So Sweet ni..

Ada Muhasabah diri...ada 30 Minit Bersama Ustaz Don...dan beberapa tajuk lain.  Special kan dia sebab Channel AL Hijrah bagi segmen untuk dia setiap hari..walau pun lewat,  sampai mata ni kena letak batang mancis peminatnya (termasuklah mama..hehehe)  sanggup tunggu sebab nak tengok Ustaz Don beri nasihat dan paling best bila dia mengaji..touching tauu..

Kalau rajin pi tengok blog dia...dondaniyal.blogspot.com..santai sungguh bahasa dia.   Berbeza penampilan di dalam penulisan tetapi tetap nampak hebat....anak penang ni bukan sahaja tinggi ilmu agamanya...lucu tingkah lakunya malah celik juga di dalam bidang IT..
  

No comments:

Post a Comment