Friday 7 October 2011

KENALI JENIS TEPUNG


Kali ini mama nak kenalkan dengan kau orang dengan jenis jenis tepung yang ada disekeliling kita. Supaya dapat memberi manfaat kepada semua yaa...

Sebenarnya kita ada pelbagai jenis tepung di pasaran. Setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza dalam penyediaan kuih muih dan makanan yang lainnya. Jadi kita mesti memahami jenis-jenis tepung yang hendak digunakan bagi memastikan kita mengunakan jenis tepung yang betul supaya hasilnya memuaskan. 

Diantara jenis tepung tepung tersebut ialah ;

Tepung High Protein (Tepung Roti)


Tepung ini mempunyai kandungan protein yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik) pada roti apabila di uli.  Sesuai untuk pastri seperti roti, bun dan donut.


Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)


Kandungan protein di dalamnya rendah, lebih ringan.  Tersangatlah sesuai untuk membuat kek, kulit tart dan pai.


Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)


Tepung ini dah siap dicampur dengan serbuk penaik seperti Soda Bicarbonat dan Baking Powder jadi tak perlu lagi kita nak susah susah memikirkan betul ke tidak sukatan serbuk penaik kita.  Selalu digunakan untuk membuat pastri dan kek.


Tepung Red Rose (Cookies Flour)


Tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup. Kadang kadang mummy mummy kat dapur suka tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi. Apa yang pasti biskut jadi tersangatlah marverlous. Tepung ini sesuai juga untuk olah pastri.


Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)


Paling mendapat sambutan sebab harga dia tersangatlah murah.  Diantara jenis jenis yang biasa kita dengar dan lihat seperti Cap Lili, Cap Wau, Cap Kunci. Kandungan proteinnya sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut. 


Tepung Hongkong (Waterlily Flour)


Tersangat halus dan putih.  Amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut dan gebu.  Kadang kadang dicampur ke dalam adunan kek dan biskut juga.


Tepung Hoen Kwee


Terdapat dalam peket peket kecil.  Diperbuat dari kekacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding. Kalau dicampur di dalam adunan talam, tepung pelita dan tako...rasa dia tersendiri dan berbeza dari adunan yang tidak dicampurkan dengan tepung hoen kwee. 


Tepung Kastard dan Tepung Jagung


Tepung kastard biasanya mummy mummy kat dapur suka buat puding kastard.  Sedap sesangat.  Tepung jagung sesuai juga dibuat puding tetapi dia lebih popular untuk merangupkan biskut, pemekat kuah atau mengilatkan kuih talam.


Tepung Kentang


Kurang popular dikalangan orang Melayu sebab omputeh jerr yang selalu guna untuk membuat roti atau kentang lenyek instant.  Sesuai juga digunakan sebagai pemekat kuah sop.


Tepung Beras


Sentiasa dicari sebab takda dia talam tak cantik dan tak sedap.  Sesuai untuk kuih talam, apam, dan kadang kadang digunakan sebagai perangup biskut juga.


Tepung Pulut Biasa dan Tepung Pulut Hitam


Takda dia takda laa kuih koci. Kebanyakan kuih muih dari Kelantan seperti Butir Nangka dan seangkatan yang mengunakan tepung pulut pasti tidak wujud.


Lain lain Tepung


Tepung Sago dan Tepung Susu. Biasanya di gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

No comments:

Post a Comment