Friday 28 October 2011

KASIHAN GHADDAFI

sepatutnya jenazahnya dikebumikan secepat mungkin bukan menjadi bahan pameran kepada orang ramai..
di mana nilai murni yang Allah dan Rasulullah saw ajarkan....ditahap manakah nilai persaudaraan di dalam
islam yang masih wujud dikalangan rakyat Libya..?

Assalamualaikum...kepada semua para pembaca blog mama.  Di sini mama nak kongsi perasaan mama dengan korang pasal Muammar Ghaddafi yang baru meninggal kerana dibunuh oleh sekumpulan pejuang yang mengaku diri mereka adalah rakyat dan pembangkang kepada sistem pemerintahan beliau.

Sebenarnya mama tidak tahu nak luahkan perasaan, samada marah atau benci, suka atau duka, setuju atau tidak setuju,  tetapi jauh disudut hati ada kekesalan kerana beliau yang sangat berjasa kepada negaranya telah diperlakukan sebegitu rupa.   Sekejam manapun dia yang paling layak menghukumnya ialah tuhannya sendiri dan bukan kita sesama manusia.  Setidak tidaknya berilah dia peluang untuk dibicarakan dan mempertahankan dirinya.

Adalah tidak halal kita membunuh saudara seislam kita.  Apa yang dibuat kepada jenazah beliau mengambarkan nilai murni islam telah lupus di sana...adalah menjadi satu pengajaran kepada kita.  Setiap kejadian ada hikmah jika kita mahu berfikir.

 Di mana logiknya Muammar Ghaddafi dibenci dan dibunuh oleh rakyatnya..?

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan  Muammar Ghaddafi;

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Gaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Gaddafi serta anak isterinya masih duduk di dalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percuma;  Sekiranya rakyatnya ingin belajar di luar negeri mereka akan ditaja sepenuhnya dan mendapat elaun termasuk elaun kenderaan.

9. Kemudahan perubatan adalah percuma; manakala ibu ibu yang bersalin diberi imbuhan US 5,000 setiap kali kelahiran

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan supaya mereka dapat membeli rumah untuk memulakan keluarga

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah manakala rakyat libya sendiri mendapat potongan 50% bagi setiap pembelian kenderaan.

13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina di kawasan padang pasir untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Gaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan; Sehinggakan dengan berbelanja sebanyak 15 sen rakyatnya dapat menikmati 40 biji roti loaf.  

Sebenarnya Gaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Gaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. 

Gaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!Malahan Gaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya

20.    Di negara islam lain pula beliau sangat dermawan sehingga mendermakan wangnya untuk pembinaan masjid masjid,  terbaru di Indonesia dinamakan sempena namanya "Al Gaddafu" bernilai RM 4.5 juta

21.    Di Malaysia sebelum ini ada menubuhkan sebuah pertubuhan; Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia dan beliau adalah pembiaya terbesar di sebalik kejayaan pertubuhan tersebut.

Apa yang pasti beliau telah menjadi mangsa oleh pihak yang berkepentingan dengan mempropagandakan kelemahannya yang memimpin secara kukubesi terhadap rakyat yang tidak suka dengannya.  Ini diburukkan lagi watak Al Jazeera (atas nama islam rupanya alat Yahudi dan Amerika) memburuk burukkannya membuat ramai rakyat membencinya.  Kebencian itu dikongsi bersama oleh negara bukan islam dan negara islam lain tanpa menyelidik hal sebenar.

Ada sumber mengatakan dia dibunuh oleh pemberontak upahan yang didatangkan dari negara luar dari Libya,  bermakna dia dibunuh oleh orang luar dan bukan rakyatnya sendiri.. 

Macam mana buruk pun cara pemerintahan dia (yang dianggap oleh pemberontak sebagai kukubesi);  dia tetap mengaku tuhannya ialah Allah dan agamanya ialah Islam,  selayaknya dia mendapat hadiah Al-Fatihah dari kita...semoga Allah mengampuninya dan meletakkannya dikalangan hamba hamba yang bernasib baik..aaminnn..






































No comments:

Post a Comment