Friday 7 October 2011

HIJAB URBAN

tujuan hijab untuk melindungi wanita dari pandangan lelaki ajnabi
dan melindungi diri mereka dari fitnah
Assalamualaikum....kepada para pembaca budiman.  Kali ini mama nak kupas sikit isu Hijab Urban yang semakin popular di kalangan wanita muslimah di Malaysia.  Alhamdulillah sebab dah ramai kaum wanita islam menutup aurat,  menandakan akan kebangkitan kesedaran iman di jiwa mereka.


Mama pun bukanlah dari kalangan wanita muslimah sejati tetapi memang bercita cita untuk menjadi sehebat Siti Khadijah, sesabar Siti Fatimah Az Zahra, seteguh Siti Aisyah si humaira dan seberani Sumayyah mempertahankan akidahnya.  Semoga kita menjadi sehebat wanita di zaman Rasulullah ini, sipi sipi pun jadilah....paling tidak menutup aurat dan menjaga solat.

Berbalik kepada Hijab Urban ini tadi...atas fesyen muslimah lahirlah pelbagai rupa bentuk pakaian dan tudung untuk memenuhi citarasa wanita kini yang mahu kelihatan anggun dan cantik walau berhijab.  Apa yang tak bagusnya Hijab Urban ini macam dah tak ikhlas pulak sebab suruhan berhijab atau menutup aurat ini sebenarnya menutup setiap inci kecantikan yang ada pada wanita dari pandangan lelaki ajnabi.  Bukan sahaja kainnya kena tebal, gelap dan potongannya besar malah tiada hiasan tambahan untuk menarik mata memandang ke arahnya.

Tetapi Hijab Urban yang ditampilkan sekarang lebih menunjuk nunjuk akan cantiknya wanita bertudung,  seksinya wanita bertudung, besarnya siput wanita bertudung, besarnya hiasan kepala..lip lap lip lap, janggut juga lip lap lip lap, wow..besarnya dada wanita bertudung, rampingnya pinggang wanita bertudung dan tonggeknya punggung wanita bertudung..ermmmm..belum lagi bab mekap...macam nak pergi fotografi majalah pun ada...

Takda gambar mama nak syer sebab mama taknak laa aib sesapa.  Kalau nak tengok sangat pergi Shopping Compleks kerr..Pejabat Kerajaan kerr...Pejabat Swasta kerr..atau di mana mana ada wanita pasti kita akan jumpa fesyen Hijab Urban ini...memanglaa cantik di mata tetapi Allah pulak tak suka...

Mama bukanlah kategori wanita berjubah atau berpurdahpun.. tetapi apa yang penting tudung kena labuh menutup dada, baju kena longgar menutup bentuk...solat kena jaga, segalanya kena ikhlas kerana Allah.




No comments:

Post a Comment