Tuesday 11 October 2011

BAYI TIRUAN



Assalamualaikum....terimakasih kerana masih menyokong mama.  Nah..sebagai hadiah dari mama mari kita nikmati wajah wajah bayi yang sememangnya bukan asli. Bayi tiruan atau "reborn baby" ini semakin popular di Amerika Syarikat dan London dan menjadi kegilaan kepada kaum ibu yang kehilangan anak kerana meninggal dunia dan kaum wanita yang tidak mahu melahirkan anak sendiri.  Alasan bagi ibu ibu ini kerana mereka ingin mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh anak mereka dan apa yang pasti bayi tiruan ini dilayan seperti bayi sebenar.  Bayi ini akan dimandikan, ditukarkan baju setiap hari, ditukarkan pampersnya dan dibawa bersiar siar dengan kereta tolak.  Manakala wanita yang tidak mahu melahirkan anak memberi alasan bayi tiruan ini lagi senang hendak dijaga berbanding dengan bayi sebenar,  kerana tidak perlu diberi perhatian sepanjang hari.  Ada juga wanita membelinya sebagai latihan supaya memahami cara menjaga bayi, maksudnya sebagai latihan sebelum mempunyai bayi sendiri.

Ciri ciri bayi tiruan ini, selain mempunyai bentuk fizikal seperti bayi sebenar,  seperti kulit yang halus, bau, alis mata, rambut, mereka juga dicipta boleh menangis, ketawa dan mengeluarkan air liur.  Macam mana tu ya..?.  Harganya tidak terlalu mahal seperti "lovedoll", dikatakan lebih kurang US300 atau lebih kurang RM 800. Ermmm..agak agaknya ada tak rakyat Malaysia yang membeli patung ni.  Menurut pencipta dan pengeluarnya sesiapa sahaja boleh menempah bayi tiruan mereka, dengan syarat mesti menghantar gambar bayi yang bagaimana diingini oleh mereka.

Gambar di bawah adalah pencipta patung bayi tiruan "hyper realistic"  yang bermaksud sangat mirip dengan yang nyata ini, bernama Glenda Ewart yang berasal daripada Castle Irlandia.  Kebolehan ini disedarinya semasa beliau mengandungkan anak pertamanya.

Glenda Ewart

Minatnya terhadap pembuatan bayi tiruan ini telah mendatangkan hasil yang lumayan kepada dirinya.  Bukan sahaja beliau menerima tempahan di London malah melebar hampir ke seluruh dunia melalui web beliau sendiri.  Beliau mengatakan dia amat ghairah melakukannya. Beliau telah mengunakan cat yang dilapis banyak kali untuk menghasilkan kulit bayi dan dikeringkan di dalam oven, hasilnya beliau dapat hasilkan kulit bayi sebenar yang halus dan lembut,  dan perkara yang paling sukar dan memerlukan perhatian khusus ialah penanaman rambut di kulit kepala,  beliau terpaksa menanam hampir 20000 helai rambut untuk menghasilkan rambut dan kepala yang sangat realistik.

Nikki Hunn (baju hitam)

Gambar wanita di atas juga dikatakan artist yang mencipta "reborn baby" di London.  Cuma mama kurang pasti yang mana satu hasil kerja tangan mereka kerana terlampau banyak bayi tiruan yang mama dapat melalui saluran google. Comel comelkan..mama terkesima melihatnya...












Hahh!...tanjat boboy...hehehe,  ada hati ke nak satu.  Bayangkanlah bila malam malam anak patung ni tiba tiba datang kat awak dan nak susu awak...eeeee....

Tak masuk akal langsungkan.  Apapun kita sebagai orang islam tak digalakkan menyimpan patung di dalam rumah,  menyampah malaikat rahmat nak masuk dalam rumah kita.

Kita orang islam telah diajar untuk menerima qada dan qadar Allah,  menerima setiap ketentuan Allah dengan sabar.  Kehilangan orang tersayang bukan lesen untuk kita mengantikannya dengan benda tiruan,  ini seolah olah kita tidak menerima akan ketentuan ilahi.  

Orang seperti mereka ini sebenarnya kosong jiwa,  kerana agama mereka tidak mengajar erti qada dan qadar.  Apa yang pasti manusia perlu belajar untuk melepaskan perkara silam dan meneruskan sisa hidup dengan lebih positif dan bahagia.



No comments:

Post a Comment