Friday 14 October 2011

BLOGGER MACAM MAMA

Assalamualaikum semua..

Saja nak meluahkan perasaan kat sini.  Ada pulak suara sumbang mambang bising bising sebab ada blogger tak ramai follower kira tak berjaya..Ada aku kisah..!!

Mama akui blog mama ni mentah sesangat.  Blog pun anak sedara create kan..macam faham jerr dia mak su dia ni memang suka mengaban (merapu sensorang).  Kira sesuai laa ruangan ini yang mama rasa peribadi tetapi boleh dikongsi jika sudi.

Jadi kalau rasa nak follow..follow lerr tak kisah sebab mama menulis bukan nak cari follower pun.  Mama menulis saja sesuka dan simpan maklumat untuk anak cucu dan sapa sapa yang rasa nak syer..sila sila...mama halalkan.

Itu sebab blog mama takda iklan...malu pun ada..sapa lerr kita..lain lerr si Ben Assyari, Blog Serius yang berjuta juta viewer dia..beribu follower dia..mama hanya insan biasa....syok sendiri jerr..jangan mareee..


No comments:

Post a Comment