Sunday 14 December 2014

DR ZK - MENGAPA ISLAM ADA BANYAK KELOMPOK..?

Assalamualaikum wbkt..

Dua hari mama mengerjakan teks pertama itu..cuba dan cuba untuk update kat dalam blog akumama..asyik dismiss jerr..akhirnya dapat gak..kenapa erkk..?

Teks yang kedua ini mama kutip kat you tube melalui subtitle dia..semoga memberi manfaat kepada kita semua..

Soalan dari seorang bukan islam berbunyi;

Aku Mr Kumar, pekerjaanku mengajar.  Ini pertanyaanku.. Aku melihat di Sri Lanka dan India ada banyak group di antara islam tetapi mereka ikut al quran dan hadis yang sama, tapi meskipun mereka mengikut kitab yang sama, ada banyak group di Sri Lanka mahupun India.  Jadi aku ingin mendapatkan jawapan yang lebih baik, aku menunggu untuk orang yang tepat dan disaat yang tepat...

Jawab Dr. ZK...

Saudara Kumar, itu pertanyaan yang sangat bagus.  Pertanyaan yang sangat penting.  Dia berkata umat islam di Sri Lanka, India dan belahan bumi yang lain, mereka beriman pada tuhan yang sama, al quran yang sama, hadis yang sama, tapi kenapa ada banyak group dan sekle..?

Jawapannya ada di dalam al quran ayat al imran 103 yang berbunyi ;

وَ اعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَميعاً وَ لا تَفَرَّقُوا وَ اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْداءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْواناً وَ كُنْتُمْ عَلى‏ شَفا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْها كَذلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آياتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ 

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai"dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu ( masa Jahiliah ) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang- orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat- ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk)"

Tali (agama) Allah adalah al quran.  Jadi al quran berfirman untuk tetap teguh berpegang teguh dalam tali Allah.  Berpegang teguh pada al quran, hadis sahih dan jangan bercerai berai.

Jadi dalam islam, seharusnya tidak boleh ada perpecahan.

dan Quran berfirman dalam al an'am ayat 159

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ ۚ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

sesungguhnya orang orang yang memecah belah agamaNya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tanggungjawabmu (muhammad) kepada mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat.

Allah yang akan meminta pertanggungjawaban mereka di hari akhirat.  Jadi berpecah belah dan membuat group sendiri sendiri di dalam islam hukumnya haram.

Itulah alasan mengapa ada banyak muslim dengan nama yang berbeda beda. Tapi nama yang sesungguhnya yang boleh dipanggil hanyalah muslim.  Semua muslim harus mengikut Quran dan Hadis sahih.

Ulama manapun jika mengatakan sesuatu yang sesuai dengan al Quran dan Hadis sahih, maka kau ikuti..

Jika tidak sesuai, maka buanglah jauh jauh untuk membuat organisasi yang berbeza.  Seseorang bekerja dalam bidang pendidikan, seorang bekerja dalam bidang agama, seorang membantu orang yang miskin, maka tak apa apa.  

Melakukannya secara jemaah membuat organisasi organisasi maka tidak apa apa tetapi sebagai sebuah agama, kita tidak boleh bercerai berai.  Tidak boleh ada sekle..

Quran berfirman, kita tidak boleh berpecah belah.  

Rasulullah saw bersabda dalam hadis Tirmidzi

"bahawa akan ada 73 golongan dalam agama islam"

Allah berfirman agar jangan membuat golongan tapi Rasulullah bersabda bahawa akan ada.. Sayangnya kita sebagai muslim berpecah pecah dan Rasululah telah berbual tentang hal ini dan Rasulullah bersabda

"bahawa hanya satu golongan yang akan masuk syurga"  Para sahabat bertanya "siapa yang akan masuk syurga?" 

Rasulullah bersabda  "mereka yang mengikut sunnahku dan al Quran.

Sayang sekali pada saat ini ada banyak group muslim, syiah, sunni, syafie, hambali....termasuk group manakah Rasulullah saw?

Tidak ada syiah di dalam Quran.  Termasuk group manakah Rasulullah? Rasulullah saw adalah seorang muslim.

Quran berfirman dalam al imran ayat 64

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللّهِ فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُولُواْ اشْهَدُواْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Katakanlah: "Hai Ahlul Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Rabb-Rabb selain Allah". Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka:"saksikanlah bahawa kami adalah orang orang muslim"

Lalu kau bertanya kepadaku, golongan manakah aku" aku adalah seorang muslim.  Aku dari awal sudah muslim dan pada akhirnya tetaplah muslim. 

Aku mengikut al Quran dan Hadis sahih.  Siapapun yang perkataannya sesuai dengan Quran dan Hadis sahih, maka aku ikuti..

Jika menyimpang kerana budaya, negerinya kerana India dan Sri Lanka masing masing punya budaya yang berbeza.  Pakistan punya budaya yang berbeza, jangan ikut budaya.  Ikutlah al Quran (firman Allah) dan Hadis sahih (sabda nabi)

Jika tidak ada dalam Quran dan Hadis sahih, maka itu bukan bagian dari din (agama) ini.

Jika itu terbukti dari Quran dan Hadis sahih, maka itu bagian dari agama kita.  Jadi islam hanya satu dan seharusnya kita tidak boleh berpecah belah.

Semoga itu menjawab pertanyaanmu saudaraku..



No comments:

Post a Comment