Sunday 14 December 2014

HANTAR ANAK KE SEKOLAH PONDOK BUKAN SATU HUKUMAN..K

Assalamualaikum wbkt..

Seperti dah jadi satu trend sekarang ini, hantar anak anak mengaji ke sekolah tahfiz atau sinonim dipanggil sekolah pondok kerana bentuk rumah yang mereka diami memang macam pondok walau ada diantara sekolah tersebut telah dibina dengan bangunan yang  moden, cantik dan bertingkat tingkat...

Alhamdulillah..selepas ini kita tidak perlu risau akan pelapis penghafaz Al Quran yang sudah tentunya bakal menjadi para ulama yang berjuang di atas jalan Allah swt pada satu hari nanti..Insya Allah..

Apa yang tak bestnya, ada segelintir dari masyarakat kita telah mengecop seolah olah menghantar ke sekolah pondok itu adalah satu hukuman atau jalan mati bagi anak anak mereka yang nakal, tidak pandai belajar di sekolah biasa dan bermacam macam alasan yang tidak masuk akal.  Mereka tidak hantar anak mereka ke sekolah pondok atas alasan untuk menjadikan anak mereka waris penghafaz Al Quran yang sudah tentunya menjadi orang yang hebat di dalam bidang akhirat..atau mungkin ada tetapi niat itu hanya terletak di tempat kedua atau ketiga sahaja..

Bukan saja saja nak kata..mama dah mendengar dan melihat.  Ada dari kalangan sahabat mama mengatakan jika anaknya tidak lulus periksa, mereka nak hantar anak mereka ke sekolah pondok.  

Manakala seorang kenalan pula telah memaksa anaknya untuk masuk ke sekolah pondok kerana anaknya itu sangat nakal dan tidak mendengar kata. Suka merempit dan jarang balik ke rumah walau umur baru sahaja 16 tahun. Dia telah menghantar anak tersebut ke sekolah pondok dengan harapan supaya anak itu dapat dibentuk akhlaknya semula.  Sayangnya, anak itu tidak rela dan telah melarikan diri dari sekolah pondok tersebut.  Puas dipujuk tetapi anak itu masih degil dan akhirnya anak itu sekarang khabarnya terbiar dan tidak balik ke rumah ibubapanya semula.  Ibubapanya juga tidak memperdulikan anak yang malang itu atau anak itu memang tidak sedar diri??..

Satu kes lagi, anaknya ada mengidap penyakit pelik iaitu saka yang tidak dituntut.  Terjadi di sekolah tahfiz milik abang ipar mama kat Mesir.  Anak ini dikatakan berasal dari Malaysia, terpaksa dihantar semula ke Malaysia sebab anak ini asyik dirasuk.  Jadi terpaksa dihantar semula kepada keluarganya supaya keluarganya membuat rawatan ke atas anaknya dahulu. Jelas di sini, ibu bapa anak tersebut sebenarnya tahu akan masalah anaknya dan mengharap dengan menghantar anak ke sekolah tahfiz, anaknya akan sembuh dengan sendirinya apabila membaca dan menghafal al Quran.  Tidak semudah itu..ada caranya juga..kena cari pakar juga untuk mengeluarkan saka tersebut..

Di atas adalah beberapa cerita yang mama lihat dan dengar sendiri, dan apa kata mereka yang terlibat secara khusus di dalam sekolah pondok ini..ini pandangan mereka.. (mama dapat dari fb..copy paste jerr)

-----------------------------------------------------------

Jangan dan elakkan berfikiran jika anak-anak TIDAK MAMPU atau TIDAK BERJAYA dengan akademik maka dihantar ke pondok. Usah juga beranggapan jika akhlak anak tidak mampu dikawal, maka dihantar ke pondok.

Perlu diingatkan, Pengajian Pondok bukan tempat anak-anak yang lembap dalam pelajaran, pondok juga bukan pusat pemulihan akhlak. Pondok adalah antara tempat untuk mendalami Ilmu duniawi dan ukhrawi.

Pengajian di pondok penuh dengan Displin dan Adab Ilmu bagi mereka yang istiqomah mengikutnya. Malahan, menekankan para tholib menghafal matan kitab sebelum kitab tersebut disyarah oleh Babo atau kepala Tholaah.

Biarpun tidak bersijil, kerana pondok tidak mementingkan sijil, namun Pengajian Pondok telah melahirkan sekalian golongan yang berjaya dunia akhirat. Di pondok juga tempat untuk para tholib mengenal apa itu Mujahadah.

Maka, janganlah menganggap pondok itu kolot dan mundur, kerana yang tidak pernah melaluinya tidak akan pernah tahu akan rahsianya.

Sebaiknya ibubapa yang ingin menghantar anak-anak ke pondok perlulah dengan kerelaan anak-anak tersebut sendiri bukan kerana paksaan.





No comments:

Post a Comment