Tuesday 9 December 2014

TRIP KE MELAKA

Assalamualaikum wbkt..

Busy sangat kebelakangan ini.  Ada jerr aktiviti outdoor..tapi Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar.  Paling best masa hari sabtu dan ahad yang lalu, mama sekeluarga ikut rombongan anjuran Rukun Tetangga ke Melaka.  Aktiviti sangat padat...letih tapi menyeronokkan..

Mana taknya..nama jerr orang Melaka..tapi banyak tempat kat Melaka mama tak pernah tempuh.  Pengalaman tempohari takkan terlupakan..lebih lebih lagi bersama jiran jiran dan keluarga tersayang..

Setibanya kami di Melaka, terus pergi ke bangunan MITC.  Rupanya ada Pameran SATU DAERAH SATU INDUSTRI PERINGKAT NASIONAL 2014.

JOM BERAMAI-RAMAI KE SDSI 2014...JUMPA KAMI DI SANA.

Macam macam ada.  Leka melihat kraftangan dari pelbagai negeri dan yang paling best dapat rasa macam macam makanan yang tak akan tersebut kat sini.  Melayang juga ongkosnya...beli chesee tart, kek tiramisu, kek coklat tah apa namanya..heheh..mee siput goreng, jeruk bambangan.. Rupanya hubbypun beli makanan gak.."leka shopping sampai lupa "laki kat mana..laki kat mana..laki aku...laki aku kat mana?"..member beli kopi, minuman tenaga dan snack dari sagu dan tepung beras..belum buka buka lagi kotak dia sampai sekarang..heheh..



Tengah leka melopong tengok pelbagai pameran, rupanya ada pak menteri iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron datang melawat. Tengok tang jauh jerr lerr..

Ternampak kelibat Jaafar Onn berbaju merah, dari jauh mama senyum dan lambai..dia balas dengan senyum lebar... tapi mama tak singgahpun kat tempat dia..

Hampir dua jam duduk kat dalam itu, hubby ajak balik ke bas kami.  Selepas semua berkumpul, kami bergerak ke masjid berdekatan untuk solat zohor.  Sempat berjemaah kat sana..

Usai menunaikan solat zohor, kami bergerak menuju ke hotel Bou Shu yang terletak di Jalan Bunga Raya.  Sesak gila nak sampai kat sana..lebih satu jam untuk sampai ke destinasi yang sepatutnya ambil masa tak sampai 15 minit...akhirnya dapat check in dan makan tengahari dengan rakusnya..lapar gilaa..


Hotel ini hotel budget jerr...tapi perkhidmatan dan fasiliti dia boleh tahan laa..jangan harap nak standard macam hotel 5 bintang k..bagi mama 2 1/2 bintang boleh bagi kat hotel ini..apa yang penting tempat tidur ok..bilik air bersih ok..tandas ok..tv ok..aircorn ok..nak air sejuk ok..air panas ok...kira yang asas oklaa..bilik mama ada tingkap..dapat laa lihat rumah kedai yang dah usang di sekitar bangunan dan melihat cahaya matahari memancar terang...bagi yang dapat bilik tengah macam duduk dalam penjara..heheh.. Opps...jangan terkejut sebab boss kat sini transgander kauu..kurus tinggi dan berwajah india..assistance dia pun pesen yang sama..fifi kerr namanya..tapi lebih gebu mulus macam perempuan..melayu kot...suara tak leh tipu..cuma siti jerr perempuan tulin..

Selepas makan..terbungkang sekejap kat atas katil.  Baru lelap sekejap En Hubby panggil ajak pusing keliling kat bawah.  Anak anak excited..mak dia lagi laa.  Mama ajak kawan serombongan yang kebetulan duduk berdekatan bilik untuk pergi sama.  Kata si Siti..kat belakang bangunan adalah Kampung Jawa.  Tahulaa mama tu..sebab kecil kecil dulu abah dan emak ada bawa mama ke sana untuk shopping dan makan sate... Excited sangat nak tengok bagaimana rupa Kampung Jawa selepas berabad tak menjejak ke situ..sebenarnya mama blank..heheh..

Singgah kat kedai orang India jual karpet.  Memang niat nak cari tikar Korean Mat.  Dekat seremban ni mama tak jumpa lagi..hanya kat situ jer yang boleh didapati..jadi beli lerr satu..tikar getah ini jenis tebal dan tahan lasak.  Boleh ramas ramas dan tidak mudah koyak.  Rasanya pula sejuk tak kira hari panas ke tidak..suhu dia steady.. Ukuran dia 2 meter lebar dan 3 meter panjang.. bagi yang berlantai mamar cantik diletakkan tikar ni..bercorak kayu jerr..

Lalu berjalanlaa mama pusing keliling untuk mencari wajah jawa...tapi tak jumpa.  Apa yang kelihatan hanyalah deretan kedai orang cina yang sangat banyak..samada rumah kedai atau gerai..wajah itu sahaja.. Bila ada peniaga yang menegur suruh singgah.."mau cari apa..?" kawan mama berseloroh dengan berkata.."kakak ni nak cari orang jawa" .. orang cina tu senyum dan membalas..."kat belakang lagi ada"..katanya..

Kami pergi ke arah belakang kedai..memang tersuruk gila...ditanya lagi oleh peniaga kat situ yang juga kelihatan seperti orang cina tapi menjual kain sarung. "ya kak...cari apa?" "orang jawa..akak ni nak cari orang jawa" jawab kawan mama lagi.."ooo kat sini takda orang jawa..orang kemboja ada"..katanya membalas mesra"  hahaha..kami ketawa sambil ucap terimakasih..

Menyonsonglaa kami ke dalam rumah kedai lama yang sangat sempit dan padat dengan pakaian sekolah dan baju pelbagai fesyen...ermm..takda yang menarikpun...adalaa dua tiga buah kedai orang islam kemungkinan kemboja, selainnya orang cina juga.  Kami melepasi kedai yang tak sampai beberapa ela panjangnya dan kehausan.  Singgah beli air kat kedai gadis melayu yang kelihatan bersih dan boleh telan dek anak tekak yang dah kering...berbasa basilaa mama dengan gadis tersebut.  Katanya deretan kedai itu tidak akan bertahan lama.  Hanya menunggu notis untuk berpindah sebab kawasan itu akan dibangunkan dengan bangunan hotel dan bangunan yang lebih moden..memang terlihat disekelilingnya yang kelihatan masih semak dengan bangunan baru yang masih belum siap..Kiranya inilaa kali terakhir dapat lihat sisa sisa kampung jawa yang asal..selepas ini segalanya tinggal sejarah...mula sejarah milik orang melayu jawa...selepas itu tapak kedai jadi milik bangsa lain..akhirannya tanah dan sekelilingnya hanya tinggal nama jerr..totally milik bangsa lain...mungkin satu hari nanti namanya pun hilang dari lipatan sejarah dan kenangan...terasa sedih dan kehilangan bila terkenang mak dan abah...satu ketika dahulu tak sah kalau tak singgah ke kampung jawa setiap kali turun ke Bandar Melaka...

En Hubby cari lagi..hahaha..nyanyi lagi lagu "awak kat mana"..hehehe... Masa balik ke hotel anak bujang ngan En Hubby terpaksa kandar tikar getah yang sangat berat itu..sian dia..terima kasih sayang mama...

Lepak sekejap kat dalam bilik.  Bersiap untuk pergi dinner kat Umbai. Destinasi yang di tuju sudah tentu kat kedai Parameswara Ikan Bakar.  Betul betul kat tepi laut..terselit kat celah hutan kayu bakau..masa pergi survey dulu..baunya Masya Allah..kuat sungguh bau laut..tapi masa tiba senja itu..sedap sungguh dengan bau bauan ikan bakar dan makanan laut yang lain...










Setibanya di sana..meja kami telah disediakan..al maklumlaa dah tempah awal.  Kebetulan maghrib..kami solat dulu di surau yang berdekatan dengan kedai tersebut.  Lepas solat..makanan masih belum siap dihidang..sabar menanti..akhirnya..ngupp..hilang rasa maluku..heheh...ada pari bakar, cencaru bakar..udang besar digoreng butter yang terasa seperti dibakar, kerang bakar, kuah asam tidak dilupa, sayur campur, nasi lemak yang sangat sedap, nasi putih dan dua jenis air buah..tembikai dan oren.. Mama belasah dua bungkus nasi lemak...tapi tak habis..kenyang sangat melantak ikan cencaru bakar sensorang..anak anak mama suka makan udang...En Hubby suka pari bakar bersambal..kawan mama tak habis makan .. hantar lagi kat meja mama..hahahaha....aduihhh..sakit perutku kepenuhan..rasa cam kucing jumpa ikan jerr...

Personal order, mama beli ketam bakar cecah asam...nasi lemak yang tak habis kami bawa balik..untuk sambung masa supper nanti..kwang kwang kwang...

Dengan perut yang kekenyangan, kami meneruskan aktiviti ke Menara Taming Sari.  Macam bersemangat jerr..


Sampai jer kat situ...umangaii..ramainya orang.  Nak tak nak kena beratur sepanjang tidak.  Perut rasa nak terkucil..sebelum rasa terkucil kat dalam menara itu..baik selesaikan dulu.  Alhamdulillah..lega..keluar dari toilet..tengok group mama dah masuk kat line dalam. Tapi lama gak nak tunggu..berdebar debar..al maklumlaa..mama ni gayat tempat tinggi..camne laa agaknya kat atas tu nanti..

Bila tiba turn kami, berbondonglaa masing masing nak masuk ke dalam lift bulat itu.  Mama baca bismillah dan doa banyak banyak supaya tak jadi apa apa yang menakutkan.  Bila gerak jerr lift tu ke atas...hahaha..mama tutup mata..takut..lebih lebih lagi dia berpusing..adeh...hati dah kata..mampus aku...

Sampai jer kat atas menara...lift itu terhenti dan lampu terpadam..adehh..cemas kejap..tak sampai seminit lampu terpasang balik dan lift itu kembali berpusing..anak anak mama kata.."mama..mama..pandanglaa bawah..cantik mama.." tapi mama asyik dok pandang atas jerr..hahahaa..buang karan ajak mama naik menara itukan...ya Rasulullah..penakut gila betul mama ..."bila nak turun ni?" tanya mama kegerunan..anak anak ketawakan mama.."alaa..mama ni..kejap kang turunlaa.." jawab anak anak keseronokan" dan Hubbyku kat mana..hubby hubbyku kat mana?...nyanyi mama lagi...adehh.. tah mana dia duduk.  Akhirnya turunlaa lift tu..bila sampai kat bawah barulaa mampu tersenyum lega...heheh...rupanya En. Hubby pi duduk kat bahagian lain..

Selepas mengerunkan diri dengan naik menara itu..berangkat pula kami ke Melaka River Cruise dengan berjalan kaki jerr sebab nak kejar masa...  Bas memang tak dapat nak bergerak sebab jalan sesak dengan kenderaan. Lebih lebih lagi ada pasar malam berdepan dengan menara.  Nasib baik tak jauh sangat.  Ramai juga orang dok beratur.  Kami tetap sabar menanti hingga tiba turn kami.  Penuh satu bot dengan rombongan kami jerr... menjelajah sungai yang baunya...kah kah kah...bau kumbahan.. Nasib baik takda sampah berterapungan.  Anak mama yang sudah berpengalaman menaiki bot tersebut dah warning...mama jangan duduk depan sekali...nanti kena simbah air sungai yang kotor itu.  Mama duduk tepi tapi kat tengah tengah bot..takda laa kena air masa bot tu meredah sungai..sapa yang duduk depan..basah terpercik air sungai..siannn...

Indah khabar dari rupa.  Boring sebab banyak lampu tepi sungai.. dah terbakar kot..gelap sesetengah daripadanya.  Dahlerr takda pemandu pelancong...masa round pertama itu senyap sunyi jerr..kami tertanya tanya..apakah tempat ini...masa pusing balik barulaa si driver buka audio rakaman suara bercerita pasal sejarah kat situ.  Tetapi Perkampungan Morten kelihatan sangat cantik di waktu malam..dan sesetengah bangunan terasa macam kat luar negeri walau bau sungai sangat memalukan...paling menyampah melihat banyak bar minuman keras di sepanjang sungai... dan mat saleh dan kaum cina berpeleseran di malam minggu...




Selepas naik ke atas darat..mama rasa pening lalat...tapi masih larat berjalan balik menuju ke arah bas yang menanti di hadapan muzium samudera.  Badan terasa sangat letih.. tak sabar nak balik ke hotel.

Balik jer kat hotel terus selesaikan tugas yang tertangguh.  En. Hubby turun balik, katanya nak cari teh tarik dengan kawan kawan yang lain.  Mata mama sangat mengantuk tapi anak anak mama dah buka pula bekal nasi lemak dan ketam bakar tadi. Mengoda sungguh.  Sudahnya mama bersila sama menikmati ketam bakar tadi.  Pergh..cedap cangat...tapi anak anak mama beria ia mengadap nasi lemak dengan ketam tadi...tah mana dia isi tak tahu laa..

Entah bila En. Hubby balik, sedar sedar dia tengah berlungguk dengan anak anaknya depan tv sambil meratah ketam.  Lena sungguh tidur,  sedar sedar hari dah pagi.  Terlangsung siang...tak pasal pasal kena qada...

Selepas sarapan,  dalam pukul 10.00 pagi kami check out awal.  Bas kami menuju ke destinasi seterusnya.  Rupa rupanya ke Masjid Selat Melaka yang terletak di Pulau Melaka, kira tak jauh dari bandar Melaka. Memang di luar perancangan.  Subhanallah...cantik sangat.  Masjid tersebut kalau dilihat dari arah laut, seakan akan terapung di atas air.  Tetapi dari arah darat...ia dibina betul betul di gigian laut yang telah ditambak...setengah tiang asasnya ditanam di dalam laut.Keliling masjid itu telah dibina koridor seakan akan di atas kapal....kita boleh lihat ikan todak dan talapia laut berenang renang kat dalam air itu..angin laut jangan kata..terasa nyaman sekali...




Selepas puas pusing keliling, kami teruskan lagi lawatan ke Dataran Satu Malaysia, Klebang di mana muzium kapal selam diletakkan.  Panas gila tengahari itu tapi nak tengok juga...bayar tiket RM 3.00 untuk dewasa, kanak kanak pula percuma jerr...



Dari jauh dah nampak kapal selam yang besar gedabak itu. Tak meriah sangat kat sini.  Orang yang jual cenderahati hanya berniaga kat bonet kereta jerr..itupun dua buah jerr..barang yang dia jual sama jerr dengan tempat lain...takda pula replika kapal selam kerr..ambil gambar dengan kapal selam kerr...kira macam boring jerr...

Berbondong bondonglaa kami naik tangga yang disediakan untuk masuk ke dalam perut kapal selam.  Usang gila kapal ni..tah tahun bila punya kapal..masuk jerr kat dalam itu...aduhaii..kuatnya bau besi buruk. Disulam pula dengan bau minyak yang sangat kuat.

Di dalamnya penuh dengan mesin dan jalannya hanya satu arah jerr..kalau berselisih orang yang saiz macam mama kena kempis perut lerr gamaknyaa.. setengah jalan..mama keluar..tak tahan panas dan bau yang kurang menyenangkan...terkenang dengan tentera laut kita yang duduk dalam laut itu...siankann...

Kami berkumpul lagi dan menaiki bas yang sentiasa setia menanti.  Kami dibawa pula ke tempat Bustel Klebang, Melaka yang hanya bersebelahan jerr dengan tempat kapal selam tersebut.. tapi betul betul berdepan dengan laut..



Kat sini berderet bas bas lama dijadikan chalet dan restoran.. Kami menjamah makanan tengahari di situ sambil menikmati angin laut yang berhembus sejuk walau hari sangat panas..anak anak mama sempat naik kereta kuda yang ada kat situ..satu kepala kena RM 5.00..untuk sekali pusing dataran jerr...jadilerr..seronok sakan dia orang..

Selepas makan masing masing tak sabar nak naik bas..mana taknya..panas matahari sangat terik..cari aircorn..legaa..

Berakhirlaa lawatan kami ke Melaka.  Bas meneruskan perjalanan menuju ke Seremban dengan menggunakan laluan jalan Pantai Klebang.  Berhenti sebentar di tepi jalan untuk membeli ikan kering, belacan, inang inang dan sebagainya sebagai ole ole untuk jiran yang tak dapat pergi..

Kepada KRT/SRS TTAN, terima kasih daun keladi, kalau ada ajak lerr lagi..

Ini kata kata yang diolah oleh setiausaha KRT taman mama yang kebetulan orang india...buat mama senyum lebar..heheh...

KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH KITA TUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR PANJANG
BOLEH KITA LANCUNG LAGI

BERSAMA SAMA BERKERJASAMA
SATU RUKUN
SATU TANGGA
KITA ADALAH RUKUN TETANGGA
SEKIAN TERIMA KASIH








No comments:

Post a Comment