Wednesday 19 November 2014

HAK JENAZAH NON MUSLIM

Assalamualaikum wbkt..

Terpana sekejap apabila terbaca ucapan "semoga rohnya aman di sana" oleh seorang hamba Allah selepas menyiarkan artikel perihal seorang mangsa bunuh oleh suami mangsa itu sendiri.  Mangsa tersebut berbangsa India dan beragama Kristian.  Mama ni sebenarnya kurang ilmu tapi tahu juga serba sedikit perihal hak jenazah non muslim ini..tapi tak ingat dari mana..sebab dahulu dapat ilmu simpan kat dalam kepala jerr..

Perkataan  "semoga rohnya aman di sana" adalah satu doa.  Doa sebegitu haknya adalah ke atas jenazah orang islam sahaja. Lebih lebih lagi ucapan itu datangnya dari mulut kita sesama islam.  Tapi ucapan tersebut tersalah tempat pengunaanya..jadi mama tegurlaa..

Bila mama tegur..jawabnya "apa salahnya sesama insan" tapi mama tetap tak setuju, bila mama nak komen lagi..laman tu dah kena delete...mungkin terr kot atau entahlah..dia sahaja yang tahu...

Hak Jenazah Non Muslim

Kita digalakkan menziarah jenazah non muslim yang berkaitan dengan kita, samada rakan, jiran atau ibubapa sendiri sebagai tanda menghormati dan tanda simpati dan kemanusiaan kepada keluarga yang menerima musibah tersebut.

Ada syaratnya, kita tidak boleh terlibat dengan acara keagamaan atau adat istiadat yang mungkin mendefinasikan seolah olah kita setuju dengan kepercayaan mereka..

Nabi Muhammad saw pernah menghormati jenazah seorang yahudi yang lalu di hadapan baginda saw. Baginda saw telah berdiri untuk tanda hormat dan salah seorang yang berada di situ telah memberitahu baginda bahawa itu adalah jenazah yahudi kafir.  Baginda saw menjawab, “Bukankah dia adalah manusia?”. Rasululullah juga pernah menziarahi seorang Yahudi yang sedang sakit dan disebabkan ziarah baginda orang yahudi tersebut telah memeluk Islam.


Perbuatan menundukkan kepala tanda penghormatan kepada rakan bukan Islam adalah diharuskan kerana ia tidak melambangkan apa-apa ritual keagamaan melainkan sekadar tanda hormat kepada jenazah tersebut. Perbezaan agama tidak menafikan hak seorang Muslim untuk menghormati saudaranya yang berbeza agama.


Asas kepada penglibatan seseorang Islam dengan orang bukan Islam ialah selagi ia tidak melibat hal-hal akidah dan upacara peribadatan maka ia adalah harus.

Baca di bawah..mama copy paste jerr..harap menjadi satu ilmu yang berguna buat kita semua..supaya sesuatu itu tidak kita jadikan ikutan tanpa tahu betul ketidak....

separuhnya dari sumber

http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-ziarah-kematian-orang-bukan-islam

Hukum Menyebut “Rest In Peace – RIP” Kepada Bukan Islam Meninggal Dunia

ISU:

Apakah hukum untuk orang Islam menyebut “Rest In Peace – RIP” pada ketika mendengar seorang yang bukan Islam meninggal dunia? Adakah ia bergantung pada niat? Bagaimana jika ucapan itu hanya sebagai penghormatan sesama manusia?

PENJELASAN:

Secara dasarnya Islam membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka dalam melaksanakan agama mereka. Ini dapat dikiaskan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.

Dua (2) perkara penting dalam isu memberi ucapan kepada orang bukan Islam. Pertama, niat seseorang dalam memberikan ucapan tersebut. Sekiranya sesuatu ucapan diberikan dengan niat membenarkan kepercayaan sesuatu agama yang jelas bertentangan dengan Islam, maka ia adalah dilarang. Sementara sekiranya ia diucap sekadar penghormatan secara umum, maka ia adalah harus.
Keduanya, latarbelakang tradisi istilah yang diucapkan. Sekiranya ia telah menjadi sebahagian dari amalan keagamaan maka ia adalah dilarang.

Dalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia di kalangan masyarakat Kristian. Versi penuh ucapan tersebut yang berasal dari bahasa Latin itu ialah ‘May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace.’

Ia juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat dari Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin. Sedangkan dari sudut akidah Islam seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan.

Ini berdasarkan ayat al-Quran, Surah al-Taubah:113,



“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu ahli neraka.”

Oleh yang demikian seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam.

Walaubagaimanapun Islam tidak menghalang seseorang Islam mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti “Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda “ atau “ kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan dari keluarga anda”.










No comments:

Post a Comment