Tuesday 18 November 2014

TRANSGENDER

Assalamualaikum wbkt..

Sedikit terlambat membicarakan perihal kejayaan puak gay gay, nyah nyah dan sekarang diberi nama macam sedap dan bijak disebut tapi vangang tahap gaban kat Malaysia baru baru ini ..Transgender... wahh..bangga gila kena iktiraf..lepas ni sakitlaa mata memandang jantan bermisai berkebaya takpun berjubah sendat dan bertudung bertingkat tingkat nak tunjuk depa pun islamic..bluekk..yarkk... tak tergambar yang mengaku jantan..ada hati ker nak pii masjid sembahyang jumaat..masya Allah..astagfirullah..

Apasal kerajaan yang mengaku negara yang mereka perintah ini menjunjung kedaulatan islam tapi dok diam jerr..? kenapa kah..? di manakah letaknya kedudukan undang undang syariah..jangan satu hari nanti undang undang islam tak diiktiraf dek sikap yang terlalu toleransi..vangang..

Macam macam bala Allah swt kirim kat dunia ni..untuk tegur..untuk peringatan..huh..masih tak takut kah..?

Cer tengok apa jadi kat negara luar sana yang mengiktiraf mereka yang mengamalkan kehidupan songsang ini...

Masjid gay di Cape Town
Setelah berjaya menubuhkan Masjid Tauheed yang pro-gay di Toronto, para aktivis dan pendokong LGBT kemudiannya telah membuka sebuah masjid mesra-gay di Paris.
Kini umat Islam di Afrika Selatan pula dikejutkan dengan pengumuman pembukaan masjid mesra LGBT yang pertama di Cape Town, Ini tentunya mengejutkan dan menguji kesabaran umat Islam yang menolak perhubungan dan amalan seks songsang sesama jenis.
Masjid Tauheed di Toronto ditubuhkan berasakan idea daripada Aminah Wadud, manakala masjid pro-gay di Paris pula diasaskan oleh seorang aktivis gay Perancis berketurunan Algeria Ludovic-Mohamed Zahed.
Zahed sendiri telah berkahwin dengan pasangan gaynya daripada Afrika yang bernama Qiam ad-Din.
Mereka akan menggalakkan wanita untuk memimpin solat Jumaat serta memecahkan tradisi beberapa amalan Islami yang lain seperti pernikahan pasangan gay dan lesbian, pengurusan jenazah gay dan lain-lain lagi.


‘Wynberg Open Mosque’ di Cape Town pula telah dibuka secara rasminya pada September 2014 ini, Penubuhan masjid yang kontroversi ini telah dimulakan oleh Taj Hargey.
Beliau adalah seorang ahli akademik lulusan Oxford University yang berkata, "Kami menubuhkan masjid untuk orang-orang yang berfikiran terbuka dan bukan untuk yang berfikiran tertutup."
Selain daripada mengalu-alukan pengamal gay secara terbuka, masjid ini juga mengalu-alukan wanita untuk memimpin jemaah dalam solat dan beramal dengan amalan tidak konvensional dan kontroversi dalam Islam.
Hargey menjawab kritikan orang eamai yang mempersoalkan kewibawaaan dan ilmu Islamnya dengan angkuh seraya berkata.
“I have a PhD in Islamic studies from Oxford University, unlike my opponents who went to some donkey college in Pakistan or Saudi Arabia.”
Sebagai ahli masyarakat yang prihatin, saya berdoa dan berharap agar mereka semua bertaubat dan menemui jalan kebenaran.
Kepada masyarakat di Malaysia pula, kita tidak boleh duduk selesa kerana aktivis LGBT yang kuat disokong oleh beberapa NGO tempatan dan antarabangsa seperti HRW telah pun membuat permohonan supaya pengamal LGBT tidak dianak-tirikan dan diberikan kebebasan di Malaysia termasuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis di kalangan mereka.
Mari kita lihat kembali firman Allah;(Surah an-Naml: 54-55)


27:54

27:55

“Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya).

"Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu).”

(Surah Hud: 82-83)

S-011 ayat 082-083
“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang- orang yang lalim. ”

Semoga mereka semua diberikan petunjuk oleh Allah swt dan berusaha untuk kembali ke pangkal jalan.
Baca lagi :
-------------------------------------------------------------------

Ini pula perihal Trangendar untuk pengetahuan semua..mama copy paste dari halaman fb tapi tertinggal sumber dari mana..mohon maaf di atas kesilapan ini ya..

Genetik. LGBT juga cuba dibuktikan berasaskan pengaruh genetik dalam kajian yang menggunakan kembar. Seperti kajian-kajian di atas, metodologi kajian ini dipersoalkan kerana terdapat ralat yang serius, kerana pertamanya, ada kajian yang mengiklankan secara terbuka sesiapa yang ingin menjadi sampel kajian mereka, menyebabkan hanya mereka yang telah ada kecenderungan ke arah gaya hidup seksualiti sahaja yang melibatkan diri. Ini bermakna, sampel kajian mereka tidak rawak. Keduanya, kajian menggunakan pasangan kembar dalam memastikan genetik adalah faktor, tidak lari dari pengaruh asuhan kerana kedua-dua kembar lazimnya tinggal bersama dalam satu unit keluarga.


Pembuktian genetik sebagai penyelesaian kepada sesuatu masalah perubatan dipandang serius oleh pakar-pakar genetik sendiri. Mereka memberi amaran, jika kecenderungan kajian terlampau menjurus ke arah genetik, ianya hanya akan meminggirkan atau meremehkan faktor yang benar-benar menjadi penyebab seperti faktor pengamalan (behaviour) dan faktor alam sekitar kita. Apa tidaknya, sudah ada kajian yang mengatakan pembenci amalan homoseksual atau homophobia, juga diwarisi secara genetik !


Tindakan pejuang hak asasi yang cuba menggunakan genetik dalam masalah rumit dan berunsurkan diskriminasi, bukan sahaja tidak beretika dari sudut perubatan, malah menjadi pedang dua mata, yang berupaya menghiris mangsa dan pemangsa, kenyataan amaran ini dikeluarkan oleh the Council for Responsible Genetic (CRG) yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan berpengkalan di Massachuset, Amerika Syarikat yang memantau kajian-kajian bioteknologi.


HOMOSEKSUALITI DAN MASALAH AIDS


Pada bulan Julai 2012, jurnal kesihatan Lancet melaporkan hasil kajian dari Sekolah Kesihatan Awam John Hopkins telah mendapati kadar jangkitan virus HIV di kalangan pengamal seks homoseksual masih tinggi. Data ini diambil dari laporan tahunan kesihatan di kalangan negara berdaftar di bawah Bangsa-bangsa Bersatu.


Fakta ini mengejutkan para pengkaji.


Ini kerana 10-15 tahun lalu, faktor penyebaran virus HIV di kalangan pengamal homoseksual dikatakan berpunca dari kurang ilmu pengetahuan seperti mengamalkan seks yang tidak selamat apabila tidak memakai kondom, mengamalkan seks berbilang-bilang pasangan dan disertai pengamalan dadah secara suntikan.


Kini, setelah berbagai program kesedaran, kursus, seminar dan konvensyen giat diadakan tentang risiko dan seks selamat di kalangan pengamal homoseksual, ia masih tidak menghalang penularan virus HIV yang tinggi dikalangan mereka. Tambah menghairankan apabila fakta peningkatan kes di kalangan homoseksual ini adalah sama di negara-negara membangun dan negara-negara maju seperti Amerika, Australia dan Britain di mana gaya hidup ini semakin diterima.


Begitu juga, laporan yang sama menyatakan pendapatan atau status ekonomi seseorang tidak membezakan kadar jangkitan HIV. Di Amerika Syarikat sendiri, peningkatan kadar HIV di kalangan homoseksual meningkat sebanyak 8 % setahun sejak tahun 2001. Ini menjadikan Amerika Syarikat sekarang, mempunyai kadar jangkitan setinggi 15% di kalangan pengamal homoseksualnya, sama seperti kadar jangkitan di negara-negara seperti Thailand dan Malaysia sendiri, yang dikatakan masih kurang kesedaran tentang bahaya AIDS dan homoseksual, juga kekurangan bekalan ubat-ubatan menangani infeksi HIV.


Jadi apakah kesimpulan saintis?


Mereka terpaksa mengakui bahawa faktor biologi memainkan peranan disini dimana kadar jangkitan virus HIV melalui penetrasi dubur (anal sex) adalah 18 kali lebih berisiko dibandingkan dengan penetrasi vagina (vaginal sex).


Ini hanya membenarkan fakta bahawa suatu amalan yang berlawan dengan fitrah, yang dilarang oleh agama, yang dicela oleh Rasulullah SAW dan Allah SWT pasti mempunyai sebab kenapa ia dihalang.


LGBT DAPAT DIRAWATI


Kita menyeru kepada pengamal LGBT agar kembali ke jalan yang benar, kerana tidak ada bukti dari sudut perubatan bahawa ia sesuatu yang diwarisi. Bahkan, dengan tersingkir homoseksualiti dari kategori penyakit jiwa, menidakkan peluang ramai pengamal LGBT untuk cuba mendapatkan rawatan, kerana sama seperti penyakit gangguan jiwa yang lain, amalan LGBT ini dapat dirawat. Adalah mustahil bagi sifat Allah SWT yang menjadikan seseorang ‘terperangkap dalam jantina yang berlainan’ dan dalam masa yang sama menghukum mereka.


Bahkan, di negara Barat sendiri sudah semakin ramai yang menukar gaya hidup homoseksual mereka kepada heteroseksual, berkahwin dan mempunyai anak, sekali gus menidakkan kaitan genetik (yang sudah pasti tidak akan mengubah orientasi seks mereka) di kalangan LGBT. Contoh terkenal ialah ikon lesbian Kerry Pacer, yang dinamakan oleh majalah Advocate, majalah yang memperjuangkan isu LGBT, pada tahun 2005 sebagai “Person of the Year“. Empat tahun kemudian dilaporkan beliau telahpun mempunyai teman lelaki dan telahpun melahirkan bayi.


Sesungguhnya kita harus meyakini bahawa isu LGBT sebenarnya adalah suatu “preference” atau kehendak yang di “nurture” atau dipupuk, dan sesungguhnya ia dapat di rawati. Setiap lapisan masyarakat baik dari kalangan pengamal perubatan, ahli politik dan ahli agama harus berganding bahu menangani masalah ini. Pengamal perubatan harus jujur dengan kajian mereka, dan Dr Walter Schumm, seorang profesor kajian kekeluargaan di Universiti Kebangsaan Kansas menyatakan, terlalu banyak kajian yang disalahgunakan bagi kepentingan pejuang hak asasi sehingga sebuah buku boleh ditulis mengenainya. Ahli politik dan pemerintah pula harus tegas untuk membendung gejala ini agar tidak merebak melalui saluran undang-undang sedia ada. Ia merugikan bukan sahaja dari sudut sosial malah sudut kesihatan dengan meningkatnya jangkitan HIV.


Adalah jelas bahawa isu LGBT bagi umat Islam merupakan isu akidah yang serius kerana selain dari disebutkan berulang kali di dalam Al-Quran tentang keharamannya, hukum hakam perkahwinan, nasab dan faraid adalah berkait rapat dengan status mengelirukan seperti LGBT. Pendekatan agama adalah yang terbaik dan masalah LGBT harus dibendung dengan berhemah dan tidak bersifat menghukum, dengan secara perlahan-lahan menarik balik golongan ini kepada kehidupan yang lebih diredhai Allah SWT.

No comments:

Post a Comment