Assalamualaikum wbkt..
Tumpang sedih apabila melihat keadaan huru hara yang terjadi di Mesir. Melalui kakak mama, katanya bukan keseluruhan Mesir yang berkeadaan begitu, cuma di kawasan pusat bandar dan pusat pemerintahan sahaja. Tempat tempat lain tiada mengalami sebarang rusuhan atau huru hara yang kelihatan di kaca tv.
Alhamdulillah..sekurang kurangnya tempat kakak mama tidak mengalami sebarang masalah. Tetapi kesedihan tetap tersebar di seluruh Mesir yang menyokong pejuang islam tulin ini..
Jauh dari lubuk hati terasa juga kesal apabila kerajaan di bawah pimpinan Morsi telah diambil alih oleh pihak tentera yang tidak setia.
Ditambah lagi dengan kacau bilau dari pihak yang membenci kerajaan Morsi dan provokasi yang datang dari pelbagai pihak yang takutkan perjuangan Morsi untuk memertabatkan kembali Islam di mata dunia. Mengembalikan maruah bumi Palestine dan Syria adalah satu usaha yang tiada hentinya amat memuakkan mata mata dajjal yang memerhati dari luar..mungkin juga dari dalam...
Selepas pengulingan Morsi oleh pihak tentera...perkara pertama yang mereka ambil ialah menutup Rafah Gate iaitu satu satunya jalan yang menghubungkan Gaza dengan dunia luar melalui Mesir...tak nampak kah...? masih lagi menyokong kejatuhan Morsi..?
Hanya doa dapat dititipkan...Allah tetap bersamamu wahai Dr. Morsi..
No comments:
Post a Comment