Friday, 14 December 2012

MEE HOON KUEH

Assalamualaikum wbkt..

Ingat tak lagi dengan resepi mama "SOP TEPUNG", kalau lupa boleh rujuk di page list bulan March 2012. Sebenarnya mama pun kurang pasti asal resepi ini tetapi maklumat terbaru yang mama dapat tahu..mee ini juga dikenali sebagai Mee Hoon Kueh dan merupakan makanan tradisi masyarakat cina hokkien. Resepinya ada sedikit kelainan, boleh juga untuk dicuba..

versi sop tepung


Mee Hoon Kueh (Hand-pulled noodles) 麵粉粿
Mee Hoon Kueh
http://nasilemaklover.blogspot.com

Resepi ini mama salin dari blog nasilemaklover..kalau rajin pi sana..kalau malas pi sini..heheh

Mama ubah seketul dua, sebab resepi ini cina mali, ada yang tak sesuai dengan kita..


Bahan (untuk  6 orang)

Tepung 500 grm
Air       200 ml
Telor    sebiji dipukul dahulu
Garam  1 sudu

1. Campurkan tepung, telor dan garam di dalam bekas
2. Masukkan air dan uli sehingga doh menjadi lembut selama 5-10 minit
3. Bentukkan bulat bulat sebanyak 6 ketul (budget untuk 6 mangkuk)
4. Rehatkan selama sejam sebelum dimasak

Ikan Bilis (Anchovy) Soup Base

Ikan bilis 100 grm (guna jenis yang baik untuk hasil yang baik)

Air          2 liter
Garam     1 sudu

Rebus selama 45 minit dengan api perlahan


Rencah


Udang  200 grm goreng dengan bawang putih cincang


Isi ayam 200 grm marinate dengan cili, minyak bijan dan tepung ubi


Hiasan


Ikan bilis 100 grm goreng hingga garing

Bawang goreng
Sawi atau pucuk manis

Catitan

Cara masak, kita tidak digalakkan masak sekali 1/2 kg tepung kerana hasilnya kurang berkualiti...kalau ramai nak tolong tidak menjadi halangan.


Kena masak ikut individu, contohnya jika untuk 2 orang, buat 2 kali masak dengan jumlah seorang seketul tepung yang telah diuli tadi :-


Kena leperkan dahulu doh di atas tapak tangan, ketika sop tengah mengelegak, kita kena tarik dan koyakkan doh sedikit sedikit sehingga habis satu doh..


Didihkan sop tadi, bila dah mengelegak kita boleh mula menarik tepung.  Leperkan doh atas tangan, dari tepi doh kita tarik dan putuskan, masuk dalam air. Size ikut suka. Ulang sehingga satu doh habis dicelor.

Masukkan isi ayam, udang dan sayur


Bila bahan rencah dah kelihatan masak, isi dalam mangkuk, tabur bawang goreng dan ikan bilis goreng.


Hidang ketika masih panas dan sangat enak di makan dengan cili padi potong bersama kicap..


Insya Allah..sedap..

















1 comment: