Sunday, 30 December 2012

BERAKHIRNYA TAHUN 2012

Assalamualaikum wbkt..

Slow betul mama bulan ni..bukan apa apa.  Sibuk dengan walimatul urus di sana sini, melayan anak anak yang bercuti di rumah jer sebab hubby takda cuti nak bawa kami pergi holiday macam tahun tahun sebelumnya dan selebihnya mood update tak mari lagi..

Pejam celik pejam celik..huhu..esok dah masuk 2013.  Selamat tinggal 2012 yang penuh kontroversi terutama berkaitan dengan kiamat 2012, segala planet kat galaksi dunia ini sejajar, bergelap 3 hari...sapa suruh caye..umat islam tetap dengan Al Quran dan Hadis, selagi tak keluar tanda tanda besarnya..belumlaa nak kiamat..tapi kita harus ingat kiamat kecil sentiasa mengekori kita iaitu MATI..satu ketetapan yang harus kita sedari..entah entah seminit lepas ni nyawa kita diambil..entah entah rumah kita sedang dikelilingi malaikat maut..entah entah malaikat maut sedang menatap wajah kita yang sedang leka dok menghadap internet menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah..ohh

Apapun 2012 akan berlalu pergi pada detik 12.00 tengah malam waktu tempatan..sesaat kemudian kita di tahun 2013 yang sarat membawa pelbagai rahsia Allah swt...lalui dengan tenang dan sabar..semoga Allah swt melindungi kita semua dari segala bencana.  Keberkatan dan rahmatNya sentiasa mengiringi kita dan Islam tetap berada di paksinya...aaminn

Selamat Menyambut Tahun Baru Omputeh..

No comments:

Post a Comment