Thursday 18 August 2011

MAMA USTAZAH..? BERDAKWAH TAK PERLU JADI USTAZAH..


Hadis Riwayat Thabrani..

"Ya Rasulullah , kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran."   Maka Rasulullah saw bersabda, "tidak..bahkan serulah orang untuk berbuat baik,  meskipun kalian belum mengamalkan kesemuanya dan cegahlah kemungkaran biarpun kalian belum menghindarinya"

Ermm....Mama berfikir panjang bila nak menulis artikel ini.  Memang menepuk air di dulang memercik ke muka sendiri.  Tetapi memikirkan apa yang dipesan oleh Rasulullah saw melalui hadis di atas dapatlah Mama simpulkan bahawa kita semua berhak untuk berpesan pesan sesama makhluk untuk kebaikan ummah sejagat.  Bukan untuk menasihat orang lain sahaja tetapi untuk ingatan diri sendiri supaya tidak alpa menjadi muslim dan muslimah yang diredhai.

Seakan sudah menjadi trend apabila ada teman, jiran, isteri, ibu atau sesiapa sahaja bila mengeluarkan kata kata berbaur nasihat berunsurkan keislaman mereka akan dicop ustaz atau ustazah.  Tetapi tanpa kita sedari selagi namanya manusia kita berhak dan harus mendengar nasihat yang baik supaya tidak tersasar di jalan yang salah.

Antara soalan  yang sangat sinis kita dengar ialah " AWAK SIAPA..?.NAK NASIHAT KITA PULAK...AWAK BAIK SANGAT KER..?."

Seharusnya soalan soalan begini kita jawab dengan selamba pulak...."SAYA INI HAMBA ALLAH SAMA SEPERTI KAMU"  "MANUSIA ITU MEMANG SENTIASA DALAM KERUGIAN DAN MEMANG PERLU UNTUK DI INGAT DAN SALING MENGINGAT" "SAYA INI TIDAKLAH SEBAIK MANA TETAPI SAYA BERUSAHA UNTUK MENJADI MANUSIA YANG LEBIH BAIK"

Ada juga suara suara sumbang yang akan berkata..." PASAL NAK SIBUK HAL ORANG....AKU BUAT DOSA...AKU TANGGUNGLAH...KUBURKAN ASING ASING..KAU JAGA KUBUR KAU.."

Kalau lemah iman memang letih nak berhadapan dengan manusia sebegini.  Paling mengecewakan jika mereka adalah di kalangan keluarga kita sendiri...apalah daya kita..hanya Allah tempat kita berserah..

Bagi yang empunya diri yang sombong elok jer di jawab.."KALAU BAB AGAMA MEMANG ALLAH DAN RASUL SUKA KITA JAGA...KALAU AWAK BUAT DOSA AWAK JER YANG TANGGUNG TAKPA LAH JUGAK.....SELAGI SAYA TAK TEGUR....DOSA AWAK PUN SAYA SYER SAMA....SEBAB KUBUR ASING ASINGLAH SAYA RISAU...KALAU SAMA SAMA KITA BOLEH TOLONG MENOLONG JAWAB SOALAN KAT DALAM TU....MASALAHNYA KUBUR ASING ASING...DUDUK SENSORANG LEPASTU KENA SOAL SENSORANG, BELUM LAGI KENA PUKUL, KENA ASAK KAT DALAM TANAH SENSORANG SEBAB TAK DAPAT NAK JAWAB SOALAN MUDAH DARI MUNKAR NANGKIR.."

Jadi marilah kita nasihat menasihati supaya dicintai Allah...

"Balighul Anni Walau Ayyat"

Sampaikan walau satu ayat

wassalam.






No comments:

Post a Comment