Friday 13 February 2015

KEMBALINYA TOK GURU NIK AZIZ KEPADA PENCIPTA

Assalamualaikum wbkt..

Masa dapat khabar kepergian Tok Guru Nik Aziz ke rahmatullah..bukanlah khabar yang mengejutkan kerana keadaan beliau yang sebelum ini sememangnya tidak sehat dan usia yang sudah lanjut.  Itulah perjanjiannya...tidak terlambat atau tercepat walau sesaat..setiap yang hidup pasti akan mati..Al Fatihah untuk arwah..

Terpesona melihat berpuluh ribu manusia yang datang dari pelbagai pelusuk berhimpun menziarah, menyembahyangkan, menghantar jenazah beliau hingga ke tanah perkuburan. Belum cerita yang berada di rumah menyaksikan di kaca tv..sudah tentu doa dan al fatihah bukanlah hadiah yang sukar untuk diberi. 

Bayangkan sebanyak mana doa doa kesejahteraan yang beliau dapat untuk dibawa bersama ke alam barzakh..belum lagi kira doa doa dari isteri, anak, cucu yang soleh solehah, murid murid dan pengikut setia yang sangat sangat menyayanginya...terasa keberuntungan arwah..pastinya tidak putus di hari ini sahaja..

Bagaimanakah agaknya sambutan di alam sana kan... beruntungnya dia.. ahh..mama masih berkata kata sendirian..beruntungnya dia.. 

Di dalam menangisi kepergian pemimpin yang sangat disegani oleh manusia yang menghargai perjuangannya...terfikir pula akan nasib kita yang tiada apa apa..bukan siapa siapa..bukan pejuang..bukan ulama..segalanya bukan..apakah nasib kita sendiri bila bertemu  Pencipta yang Maha Esa.

Ramaikah yang akan menziarah jenazah kita..sudikah rakan taulan jiran tetangga memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan ikhlas mendoakan....sudikah anak anak kita sendiri menguruskan jenazah kita..mengangkat kita hingga ke kuburan..menurunkan kita hingga ke liang lahat dan menimbuskan tanah sambil mengucap selamat tinggal dengan penuh kesedihan dan kasih sayang...

Bagaimana pula bekalan amalan untuk dibawa bersama..dah siap lengkap ke...oh tidak..banyak yang kurang..banyak yang tiada..masih tercari cari..whuaagggg....apa pula harta yang tinggal..adakah mendatangkan pahala yang akan menjadi penyelamat kepada kita bila berada jauh di alam sana...masih tertanya tanya dan buat diri makin sebak dan menyesak dada..









No comments:

Post a Comment