Assalamualaikum wbkt..
Bukan sahaja ketika hidupnya kedua ibubapa kita curahkan segala bakti malah setelah meninggal juga adalah dituntut. Tentu kita mengharapkan bila kita meninggal dan tinggal di alam barzakh ada anak anak yang soleh mendoakan kesejahteraan kita di sana. Bukan sahaja doa malah segala amalan baik yang dilakukannya boleh diniatkan untuk dihadiahkan kepada arwah dan pahala yang kita dapat tidak pula berkurangan..
Ustazah Norhafizah Omar ada menyebut seorang hamba Allah di zaman Rasulullah saw, tapi mama kurang pasti nama dia. Hamba Allah ini sangat soleh dan rajin menziarahi kubur ayahandanya. Sehinggalah pada satu ketika Hamba Allah ini tidak menziarahi kubur ayahandanya dengan jangkawaktu yang lama. Pada satu malam Hamba Allah ini telah bermimpi bertemu ayahandanya dan bertanya kenapa anak itu sudah lama tidak datang menjenguk ke kuburnya. "Bagaimana ayah tahu..?" "Aku tahu dan dapat melihat setiap perbuatan mu di dunia" jawab ayahandanya itu..
Semenjak hari itu, dia tidak pernah meninggalkan aktiviti menziarah kubur ayahandanya..
Betapa mimpi mimpi orang soleh adalah benar dan menjadi iktibar kepada kita.
Menurut Ustazah diantara amalan yang dapat memanjangkan bakti kepada ibubapa kita ialah;
- Membina jatidiri menjadi anak yang soleh, kerana setiap amalan baik yang kita lakukan, pahala dapat kepada arwah ibu bapa dan pahala kita tidak pula berkurang..
- Menjaga siratulrahim ayah ibu samada bapa atau ibu saudara yang masih hidup atau sahabat taulan arwah. Pergi menziarah mereka dan kasihi mereka sebagaimana kita mengasihi kedua ibu bapa kita..
- Berdoa kepada Allah swt..memohon keampunan kepada arwah dengan hati yang ikhlas
- Bersedekah..niatkan untuk arwah
- Menunaikan janji arwah kepada yang masih hidup, menyelesaikan hutang hutangnya
No comments:
Post a Comment