roti john kat gerai burger..yummy |
Assalamualaikum wbkt..
Kalau nak tahu..bab rajin membuat roti john ini sebenarnya bila musim bulan puasa jerr..sebab time tu kami anak beranak tersangat berselera dengan hidangan ala ala barat macam gini..mama memang berkira untuk membeli yang dah siap sebab kadang kadang isi dia telor dadar jerr..ayam tah mana..daging pun takda rasa..buat sendiri lagi sedap..heheh
Semalam terlebih rajin buat roti john ni tapi mama pakai roti paun tesco jerr..sebuku baru 85 sen..mama borong sampai 7 buku..ish ish ish..kami memang suka makan roti..dari sarapan pagi, minum petang atau kudapan dikala kelaparan..
rupa roti paun tesco.. |
Masa taip artikel ni roti tu tinggal 3 pack jerr..heheh. Selain boleh diolah buat pizza roti, roti bakar, sandwish atau dicecah ke dalam kuah kari atau teh o yang manis, kita sebenarnya boleh buat apa sahaja dengan roti ini..disebabkan ada banyak stock roti, mama pun bancuh inti roti john dan bermulalah projek mengolah roti paun jadi roti john alaa mama..mai try
selalunya guna roti ini sebagai roti john "mini" atau nak macam kat gerai burger tu carilaa roti jenis panjang atau roti perancis, kalau payah sangat guna jerr roti sandwish atau roti paun biasa..
|
Bahan (kuantiti ikut suka..lagi banyak isi lagi best)
Roti
Burger Daging @ Burger Ayam @ Hot Dog @ Sardin dalam tin
Telor
Lada sulah atau Lada Hitam Aji Shio
Daun Bawang
Daun Sop
Tomato
Salad @ Kubis
Mayonis
Cili Sos
Cara
- Kisar inti pilihan, contohnya nak burger daging..kita kisar dengan telor dan sedikit air untuk melancarkan proses mengisar..takut blendar tak jalan..3 keping burger..anggaran 3 biji telor..masuk lebih telor pun takpa janji blendar tak tersangkut (kalau guna sardin tak payah kisar..lenyek jer sardin tu..)
- Isi bahan kisar tadi ke dalam bekas, masukkan lada sulah @ lada hitam secukup rasa
- Diikuti daun bawang dan daun sop yang dimayang ..gaul rata
- Lepas tu panaskan kuali letak sedikit minyak dan ratakan, ambil dalam sesenduk inti tadi letak atas kuali panas ratakan mengikut size roti yang kita guna..
- Kalau guna roti tesco tu..mama potong melebar jadi dapat laa 4 keping..lekatkan pada inti tadi..tunggu hingga masak..angkat angkat laa sikit bawah dia tengok kalau dah masak balikkan sekejap supaya bahagian belakang roti pula digoreng sedikit..
- Angkat dan terus sapu dengan mayonis rata rata..susun tomato hiris dan salad..curah cili sos..
- Potong dua dan lapikkan jadi macam sandwish..kalau besar sangat nak ngup potong kecil kecil..nyum nyum nyum..itu laa rasa roti john mama..heheheh..
gambar takda..sorry
Salm perkenalan
ReplyDeleteAnak makchaq yg no 3 memang suka roti john, tapi makchaq tak pernah pulak buat sendiri..
tengok senang caranya,
nak cuba jugak la..
terima kasih..cuba jangan tak cuba..:)
ReplyDelete