Ini adalah ayah dan ibuku..gambar ini di ambil 5 tahun lalu sebelum aku dilahirkan. Ibu kata gambar ini diambil sebulan selepas perkahwinan mereka iaitu ketika pergi berbulan madu di luar rumah tuannya. Ayahku bernama Curly, manakala ibuku pula bernama Sweetie. Mereka begitu mencintai antara satu sama lain dan berjanji untuk sehidup semati.
Ini pula adalah gambar ayah dan ibuku semasa di majlis perkahwinan mereka. Ibu ketika itu sangat cantik dengan pakaian pengantinnya manakala ayahku terpaksa menahan malu kerana wajahnya cedera parah akibat aktiviti yang tidak selamat. Hobi ayahku ialah membuat terjun bebas, tak kiralah dari siling ke lantai, dari atap ke tanah atau dari atas pokok ke bawah, dia akan melakukan apa sahaja bila ada kelapangan. Sehinggalah pada suatu hari ketika dia melakukan aktiviti kegemarannya itu, tanpa disedarinya ada selonggok batu di bawah sebatang pokok yang dipanjatnya. Ketika melakukan terjun bebas wajahnya terhantuk pada batu tersebut dan menyebabkan lebam lebam diseluruh wajah..kesian ayah..macam mana pun ayah tetap kelihatan kacak.
Selepas beberapa bulan kemudian ibuku menunjukkan tanda tanda berbadan dua. Ibu sangat gembira apabila disahkan mengandung dan menjaga kandungannya dengan penuh berhati hati. Begitu juga ayah, ayah tidak lagi saja saja membuat terjun bebas sebaliknya sentiasa ada disisi ibuku untuk menunjukkan rasa tanggungjawabnya yang tidak berbelah bagi..
Gambar ibu keletihan ketika mengandung sulong..bukan sahaja ibu malah ayah juga mendapat bawaan mengandung..lihatlah ayahku...disebabkan dia telah menghentikan aktiviti lasaknya, badannya naik mendadak...mungkin juga sebab selera makan bertambah atau terlampau bahagia agaknya..
Setelah beberapa bulan mengandung akhirnya ibu melahirkan ku. Bukan seorang diri malah ibu dikurniakan kembar empat. Dua lelaki dan dua perempuan, lalu tanpa lengah kami telah diberi nama, si Tod dan Ted untuk kembar lelakiku yang gelap bulunya. Manakala kembar perempuanku bernama Pinny dan Pinky iaitu namaku. Ayah kata Tod dan Ted gelap bulunya sebab mengikut rupa datuk disebelah ayah yang memang berwarna begitu. Manakala kami yang perempuan terang terang mengikut warna kedua ayah dan ibu..
Apabila umur kami mencapai 7 bulan kami telah disekolahkan oleh ibu dan ayah.
Gambar ini diambil ketika diriku, Tod dan Pinny sedang melihat Ted berlatih untuk persembahan di sekolah nanti..terkagum laa tu..heheh. Opss aku yang kanan sekali..
Ted yang berdiri sebelah kiri tu, dia mengiringi Fatty membuat persembahan nyanyian. Manakala sebelah kanan tu pula adik Fatty si Jojo. Mereka tengah menyanyikan lagu awan nano..Ted dan Jojo hanya menyanyi apabila tiba part "nano..nano..nano..nanooo.."
Hehehe..terimakasih sebab buang masa baca cerita merapu mama ni..mama memang suka kucing..
No comments:
Post a Comment