Tuesday, 15 May 2012

PETUA RAWAT KUCING MUNTAH CACING

Assalamualaikum wbkt..


Pertama kali tengok kucing muntah cacing.  Selalunya tengok kucing muntah daun atau muntah apa yang dia makan..


Kucing mama tu baby lagi..baru sebulan.  Ada empat ekor kesemuanya.  Cuma seekor ni dah dua kali muntah.  Pertama kali tu mama tak tengok sangat sebab muntah dia warna putih berketul ketul..mungkin muntah susu agaknya..kata hati mama..takda laa heran sangat..

Pagi tadi mama tengok dia muntah lagi..kesian dia.  Mama tengok dekat dekat dan terlihat ada benda bergerak gerak kat muntah dia tu.  Anak mama kata semut..mama tak puas hati.  Ambil lampu suluh,  suluh ke arah muntah.  Kelihatan cacing panjang lebih kurang dua inci sebesar mee hoon kering,  meliuk liuk..dua ekor kesemuanya..geli geleman mama tengok..

Biasalah..pelik sikit..buka cik google cari info.  Rupanya memang masalah biasa tetapi jika dibiarkan boleh membawa mudarat kepada kucing.. alahai kesian kucing mama...

Mama terjumpa satu petua untuk merawat kucing di rumah,  beri kucing makan bawang putih.  Ambil 1/4 bawang putih dan kisar halus.  Jika kucing dewasa campur ke dalam makanan dia,  kalau baby..? mama ingat nak buat jus dan titik kat dalam mulut dia..cuba dahulu.  Kalau tak berkesan terpaksa hantar jumpa doktor..


Kebaikan bawang putih kepada kucing ialah menghapus cacing, menghapus parasit di dalam usus, menghilangkan kutu badan dan ubat sakit kulit..di sapu pada kulitnya yang bermasalah..Bila dah sembuh kena hentikan serta merta sebab kandungan N-Propyl Disulphide akan memusnahkan sel darah merah kucing dan menyebabkan anemia..kurang darah laa tu..











7 comments:

  1. adakah untuk menghilangkan masalah kutu kucing , kisar dahulu bawang putih tersebut kemudian sapukan ke anggota kucing ?

    ReplyDelete
  2. tak pasti pula bab kutu tu...nak diberi makan ke nak di sapu..nak lebih berkesan..beli ubat kutu kat kedai pet..titik kat tengkuk kucing..cepat eloknya..

    ReplyDelete
  3. Anak kucing sya mnghidp pnyakit cacing..3 ekor dh mati sebab pnyakit tu..tnggl 2 ekor ja lg..tapi dh nk sakit dh..2 kali dh muntah cacing..awk ada petua untk msalah tu x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli ubat cacing + vitamin troy Kat mana2 kedai pet.bagus,doktor haiwan pun pakai yg ni. Rasa daging Kucing suka mkn senang nk suap ubat ada dropper kat penutup botol.

      Delete
  4. Assalamualaikum
    Mama, selepas bagi kucing makan bawang putih, kucing muntah lagi X?
    Time Kaseh 😃 💗

    ReplyDelete
  5. Sy peRnah try bg kucing just bwg putih lpas dia muntah cacing. Alhamdulillah esok2nya sihat yg pntg jgn bg Kucing kurang air. Ni nak try lg kali kedua. Huhu.

    ReplyDelete
  6. Anak kucing boleh tak? Sebab anak kucing saya dah mati sekor semalam sebab cacing ni. Ni lagi sekor tengoj lemah je .

    ReplyDelete