Assalamualaikum wbkt..
Bila cuaca panas, tentu kita sentiasa ingin membasahkan tekak dan menyegarkan badan samada dengan air, jus atau buah buahan. Sudah tentu tembikai adalah pilihan yang paling disenangi oleh ramai orang kerana bukan sahaja mengoda dengan warnanya yang garang, malah berjus, manis dan ranggup...
Jika tak mahu mengunyah isinya kita boleh blander untuk menikmati jusnya. Sudah tentu kulitnya kita buang begitu sahaja, kita injak injak dan campak di dalam tong sampah. Kita yang mewah dengan makanan tentu memandangnya sebagai sampah dan tiada nilai di dalam carta pemakanan kita. Di negara China hidangan lauk kulit tembikai ini kebanyakannya dihidang di hotel hotel...asalnya adalah lauk orang kampung pada zaman dahulu...sekarang agak sukar melihat mereka memasak dan menghidang kulit tembikai di rumah, jadi hidangan itu seakan akan semakin lupus. Kalau nak menikmatinya terpaksa pergi ke hotel hotel untuk menjamah lauk yang satu masa dahulu sangat popular di kalangan rakyat biasa...tetapi terpaksa membayar dengan harga yang tak masuk akal..
kulit tembikai yang telah dibuang kulit luarnya..tetap kita nampak macam sisa sampah |
anak anak dari Somalia..jika diletakkan longgokan kulit tembikai ini di depan mereka tentu mereka akan menyabung nyawa untuk mendapatkannya..sudah tentu lebih bernyawa dari nyawa dan ibu mereka sendiri.. |
Segala puji bagi Allah swt yang telah mengurniakan kita kehidupan yang sangat baik.
"Fabi ayyi alai rabbikuma tukazziban"
Nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?
Petikan ayat dari Surah ar-Rahman yang acap kali diulang ulang oleh Allah swt..tanyalah diri sendiri, kufur nikmat kah kita..?
Sama samalah kita bermuhasabah.
-------------------------------------------------------------------
Jadi janganlah kita mencerca. Bagi yang tak suka membazir atau saja saja nak nikmati macam mana rasanya kulit tembikai ni bila dijadikan hidangan lauk..mai try pelbagai resepi dari kulit tembikai...
ASAM PEDAS KULIT TEMBIKAI
Sebiji tembikai ambil kulitnya sahaja
7 biji cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
Minyak masak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Asam keping
Cara-cara
- Tembikai dibuang kulit hijaunya dan dipotong kecil.
- Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
- Ikan bilis ditumbuk kasar.
- Tumiskan bahan kisar hingga naik minyak, masukkan ikan bilis dan air.
- Bila mendidih masukkan kulit tembikai, garam, gula dan asam keping, masak hingga tembikai empuk dan angkat.
(resepi dari yop sufi) :-)
TEMBIKAI MASAK BENING
Bahan
dari sebiji kulit tembikai
3 bawang merah
1 bawang putih
sesudu lada hitam
sedikit ikan bilis
garam
gula
serbuk perisa jika suka
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
- Buang kulit yang warna hijau dan potong kecik-kecik
- Tumbuk bawang merah, bawang putih serta lada hitam.
- Tumis bahan tumbuk sehingga naik wangi. Masukkan air dan ikan bilis.
- Bila dah mendidih, masukkan kulit tembikai, garam, gula dan perisa. Bila kulit tembikai dah lembut bolehlah padamkan api.
KERABU KULIT TEMBIKAI
Bahan
150g kulit tembikai
1/3 batang lobak merah
2-3 batang kacang panjang
3 sudu besar udang kering
[ Bahan untuk dressing ]
2 ulas bawang putih
10-15 biji peanut
2-3 sudu besar nam pla (sos ikan)
1 biji lemon- ambik jusnya
1-2 batang cili padi
1 sudu besar gula
tomato ceri
Cara-cara
Buang kulit hijau tembikai. Potong halus memanjang atau sagat memanjang. Sama juga dengan lobak merah.
Potong kacang tanah lebih kurang 3-4cm. Rebus sekejap.
Sediakan dressing. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak payah tumbuk.. biar pecah2 sedikit saja. kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
Pastu gaullah dengan kulit tembikai, kacang panjang dan lobak merah yang dipotong tadi. Masukkan juga tomato ceri.
Siap untuk dimakan. Lagi sedap jika disimpan dalam peti ais selama setengah hari sebelum dimakan.
****Resepi ni sesuai juga utk gantikan kulit tembikai dengan mempelam atau betik.***
SALAD KULIT TEMBIKAI
Bahan
dari sebiji Kulit tembikai
1 biji Bawang
Garam
Gula
Cuka
Cili Padi
Cara-cara
Kita cuma perlukan kulit tembikai yang telah dikupas bahagian kulit luar yang berwarna hijau tu. Pastu potonglah ikut suka...nak tebal ke nak nipis, ikutlah selera dan citarasa masing-masing. Kemudian bubuh bawang hiris, garam, gula, cuka dan hirisan cili padi atau serbuk lada kering yang kasar tu...ala macam nak buah jelatah timun dan nenas tu la...yang penting rasa masin, masam dan manis
amboi.. banyak pulak resepi kat blog mama ni yang makchaq teringin nak cuba tapi satu pun belum cuba lagi..
ReplyDeleteMalas sungguh makchaq ni nak masak semenjak pakchaq tak duduk dengan kami..
biasalaa tu..hubby memang pembakar semangat untuk sentiasa ke dapur..nak tambat hati camtu laa..hehe..
ReplyDeletesemuanya sedap, hari ini saya nak cuba masak kulit tembikai gulai tempoyak,,,
ReplyDeletemasal asam pedas dgn masal bening tu mmg dari kecik dah selalu makan..sbb mak cina jadi mmg selalu dia masal..goreng pon sebenarnye sedap..msk asam pedas ikan bersisik letak kulit tembikai or rebung jeruk..terbaik
ReplyDelete