Assalamualaikum wbkt..
Sebenarnya hari ini mama berpuasa..mata asyik hasut suruh lelapkan mata..ceh. Kalau dah tidur siang bila bangun nanti badan jadi letih lesu..lawan..lawan..lawan..
Hubby kerja pulak tu..anak anak leka mengadap tv..oh boringnya..apa nak buat..haa..bahan..bahan..bahan..
Butter, gula castor, telor, pisang, nenas, fresh cream..yahooo semua ada..pavlova ke pie banoffee..hah..buat dua dua..
Operasi pertama..buat pavlova..kocak kocak putih telor jadi meringe. Selepas campur semua bahan terus bakar. Sejam kemudian masak terus sejukkan di dalam peti ais (jangan tiru aksi ini di rumah..hehehe). Bukan apa tak sabar nak tahu jadi ke tak..apa rasa dia..? sebab QC test ada..jadi mangsa laa mereka bertiga..
Tak sampai 1/2 jam pavlova tadi mama letak fresh cream, lepastu letak nenas potong atas dia..terus potong kasi QC test rasa..
"Ermm..sedapnya mama.." kata QC test pertama.."Ha ah..sedapnya..abang ngah nak jugak" kata QC test kedua yang awalnya merasa kat piring kak long si QC test pertama...""eermm..."" ??? kata QC test ketiga.."Nak lagi boleh?" "Nanti..tunggu sejuk..nanti lagi sedap" jawab mama kat QC test tersayang.
Lepas tu tanpa henti mama uli tepung buat pastry pie. Selepas kulit masak, mama tuang susu dalam kuali dan kacau kasi likat..kekonon nak kasi coklat dan berkaramel..berbuih buih laa kawan tu..terus mama tuang dalam acuan pie. Susun hirisan pisang dan sejukkan di dalam peti ais. Selepas sejuk mama keluarkan balik..hias fresh cream dan tabur serbuk koko..tak tunggu lagi terus potong sebab nak kasi QC test rasa...Adeh..karamel mengeras..macam gula gula toffee..
Mengikut keputusan QC Test..
Pastry markah A
Pisang markah A
Fresh Cream markah A
Koko A
Susu ????? sila cuba lagi
Takpa..takpa..lepas ni nak cuba lagi tapi nak pastikan susu tidak dibiarkan berbuih..cukup sekadar mendidih jerr..jeran..jeran..
Option filling susu karamel pie banoffee
200 gm susu pekat
115 gm soft brown sugar
2 tbsp golden (light corn) syrup
Masukkan butter, susu pekat, brown sugar dan syrup ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga menteganya dan gulanya cair.
Kemudian besarkan sikit api supaya campuran ini boleh menggelegak (gelegak sikit je ye). Kacau campuran selalu. Masak ia sehingga campuran ini pekat dan bewarna perang muda seperti warna caramel.
Tuangkan filling ke dalam pastri yang telah masak tadi dan biarkan ia sejuk. Susun hirisan pisang, hias fresh cream dan taburan serbuk koko..
No comments:
Post a Comment