Sunday, 6 May 2012

MENJAWAB SALAM DARI BUKAN ISLAM

Assalamualaikum wbkt..

Alhamdulillah,  budaya memberi salam dan menjawab salam dikalangan masyarakat kita masih diamalkan walaupun begitu ada juga segelintir masyarakat seperti melupakan sunnah Rasulullah saw ini.  Lebih menyedihkan ucapan "hai", "woi", "aloo" yang tiada makna dan doa pula mendapat tempat dikalangan mereka yang alpa.

Mama pernah menyaksikan sendiri bagaimana segelintir insan yang sampai di rumah terus meluru masuk tanpa memberi ucapan salam sedangkan di dalam rumah ada penghuninya.   Sebenarnya jika tiada penghuni sekalipun seharusnya kita memberi salam juga seperti ucapan " Assalamu Alaina Wa ala Ibadillahis solihin."


Daripada Ibn Umar, katanya: "Apabila memasuki rumah yang tidak berpenghuni, maka ucapkanlah: Assalamu Alaina Waala Ibadillahis Solihin.(Adab Mufrad no: 1055). Dinilai hasan oleh Albani dalam Sahih Adab Mufrad.


Hukum memberi salam dan menjawab salam adalah sunat dan ganjarannya adalah pahala dari Allah swt.  Senang jer nak dapat pahala.  Semasa zaman Rasulullah saw dahulu para sahabat sanggup menyuruk di sebalik batu semata mata hendak menjadi orang pertama yang memberi salam sebelum Rasulullah saw mengucapkan kepada mereka kerana orang yang memberi salam akan mendapat ganjaran lagi besar dari yang menerima salam.

Kebiasaan memberi dan menjawab salam seharusnya bermula dari rumah,  apabila ibubapa membiasakan anak anak mereka mengucap salam walau di mana mereka berada,  sunnah Rasulullah saw ini akan mekar berkembang hingga ke cucu cicit.

Memberi salam "Assalamualaikum " bermaksud "salam sejahtera ke atas kamu", lalu dijawab "Waalaikumussalam" bermaksud "di atas kamu jua selamat sejahtera"...dan ia adalah satu doa.

Zaman sekarang orang bukan islam pun dah pandai memberi salam kepada kita dengan ucapan lengkap "Assalamualaikum"..bagi yang tidak berpengetahuan tentu akan mendiamkan diri atau menjawab seperti biasa.  

Sebenarnya ada adabnya menjawab salam mereka ini,  iaitu dengan ucapan "Waalaikum" bermaksud "ke atas kamu jua".

Kadang kadang ada orang bukan islam cuba mengunakan ucapan salam yang tidak wajar seperti "Assaamu alaikum" yang bermaksud "kecelakaan bagi kamu" (ucapan ini pernah terjadi pada zaman Rasulullah saw oleh bangsa yahudi), jadi berhati hatilah ketika menjawab salam dari mereka..


















No comments:

Post a Comment