Assalamualaikum wbkt..
Beruntunglah kamu jika ibubapa masih hidup, belum terlambat untuk kita memperbaiki diri dan menghiburkan hati ibubapa supaya mereka bahagia menghabiskan sisa sisa hidupnya bersama kita...
Apabila mereka telah meninggal tiada apa yang dapat kita lakukan hanya amalan dan doa yang dapat membantu mereka di sana. Begitu jika kita anak yang soleh..bagaimana pula sebaliknya..?
Ibubapa mama telah lama meninggal dunia. Semoga Allah swt menerima segala amalan dan menghadiahkan segala pahala kepada kedua makhluk kesayangan mama ini.
Terkenang betapa banyak dosa yang telah dikumpul, betapa acap kali hati telah dikecilkan, kasih sayang mereka tidak pernah berbelah bagi. Sesungguhnya kita tidak berhak melukakan hati mereka terutama ibu kandung kita, sedangkan parut luka mengandungkan kita masih utuh sehingga hayat dikandung badan.
Lusuh urat saraf dan kendur segala anggota kerana mengandungkan kita, belum lagi mabuk mengandung, berat kandungan yang dikendong selama 9 bulan 9 hari. Usah cerita siksanya mengeluarkan kita kat dunia ni melalui saluran rahim yang sempit, belum hilang sakit melahirkan, berjaga malam menyusukan kita, mandikan kita, beri makan kita, tidorkan kita, hiburkan kita..segalanya dilakukan ibu dengan penuh kasih sayang dan ikhlas...hilang kecantikannya kerana kita dan kadang kadang ditinggalkan suami kerana kita, mereka tetap utuh mempertahankan kita..memang syurga di bawah tapak kakinya..redhanya ibu dengan kita barulah Allah swt redha dengan kita....
Kita tidak berhak untuk menyumpah atau meninggikan suara kepada ibu bapa kita apalagi mengeluarkan perkataan hatta "ah" sekali pun
Kita tidak berhak melawan kata mereka..
Kita kena mengutamakan diri mereka (bagi lelaki) berbanding dengan hal rumahtangga sendiri..
Kita juga tidak berhak melawan renungan matanya takkala dia bersuara..kerana itu juga dikira derhaka kepada mereka
Kita tidak berhak menghempas pintu ketika marahkan mereka..sudah tentu sikap ini akan melukakan hati ibu kita..
Mampukah kita melepasi semua rules yang diberikan di atas..?
Ustazah Norhafizah Musa menceritakan kisah benar yang dialami olehnya berkenaan anak derhaka. Beliau telah pergi ke satu majlis salah seorang kenalan, ibu ini telah menghidangkan makanan dan menjemput ustazah dan jemputan yang lain menikmati jamuannya. Sambil itu dia telah memanggil anaknya yang duduk di dalam bilik supaya makan bersama sama. Tetapi anak itu tidak turun turun.
Sehinggalah selesai menjamu selera, anak itu turun dan terus ke dapur. Kedengaran dari dapur pinggan atau tudung saji dihempas...mungkin tidak puas hati melihat sisa makanan yang tinggal..ibu itu bersuara.."biasalah ustazah..anak remaja zaman sekarang" sambil memaniskan muka..
Tidak cukup dengan itu anak tadi menghentak kaki dan menghempas pintu biliknya menunjukkan tanda protes. Ibu itu hanya mendiamkan diri dan terus ke dapur. Ustazah ketika itu ingin mencuci tangannya meminta izin untuk mencuci tangan di sinki. Ibu tadi yang sedang mencuci pinggan, terlihat oleh ustazah titisan air mata ibu yang sedih dan terluka hatinya..
Ibu itu mengatakan seboleh tidak dia ingin menyurukkan sikap buruk anaknya dari pandangan ustazah tetapi anak itu sendiri telah memperlihatkan sifat derhaka kepada ibunya di depan ustazah sendiri...
No comments:
Post a Comment