Tuesday 15 May 2012

SELAMAT HARI GURU..CIKGU CIKGU

Assalamualaikum wbkt..


Hari ini 16 May 2012...setiap tahun kita rai bagi menyemarakkan rasa kasih sayang antara murid dan guru..  Hadiah diberi sebagai tanda terima kasih,  cikgu cikgu tak minta tetapi jika dihulur tentu cikgu cikgu akan merasa dihargai dan bahagia.  

Selamat Hari Guru buat cikgu cikgu seluruh dunia,  terutama cikgu cikgu kat Malaysia..tak kiralah cikgu sekolah kerr..cikgu tadika ker..cikgu masak ker..cikgu ngaji ker..terima kasih di atas jasa anda semua kerana mendidik anak bangsa supaya pandai dalam pelbagai bidang ilmu...



Semoga.... walau gaji tak bertambah atau gaji cikgu cikgu melompat lompat naik..cikgu cikgu tetap memberi perkhidmatan yang ikhlas bukan kerana wang ringgit demi membentuk jati diri yang hebat kepada anak anak Malaysia.  Doa dan keikhlasan yang cikgu cikgu hulurkan adalah berkat.. semoga Allah swt membalasnya dengan seribu rahmat kepada cikgu cikgu...

Terimakasih buat cikgu cikgu mama yang telah mendidik mama selama 12 tahun samaada di bangku sekolah atau cikgu cikgu di luar sekolah..semoga Allah swt melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada bekas cikgu cikgu mama.  Bagi yang telah pergi Al Fatihah buat cikgu..semoga Allah swt meletakkan cikgu dikalangan hambaNya yang beriman dan soleh..aamin..























No comments:

Post a Comment