Assalamualaikumwbkt..
Kecoh dah satu Malaysia..selepas kisah Yatt dimuatkan di dalam sebuah majalah tabloid..Sebelum ini kita tahu Yatt telah mengubah penampilannya yang tak muslimah ke arah yang lebih diredhai Allah swt..InsyaAllah..
Mama belum laa lagi membacanya..tetapi Mahasuci Allah swt dan Segala Puji bagi Allah swt. Beruntung Yatt kerana mendapat hidayat dan petunjuk dari yang Maha Esa. Tidak semua orang merasa ditegur olehNya sebegitu rupa dan Allah swt menegurnya secara terus begitu..katanya ketika bersolat Yatt tidak dapat mengangkat kepala setelah sujud..di dalam sujud itu Yatt melihat pelbagai gambaran..
Dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."
"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
No comments:
Post a Comment