Thursday, 10 May 2012

SEJARAH ANGIN AMAR

Assalamualaikum wbkt..

Rajin betul nampaknya mama hari ini..bila ada nak dikongsi..tak boleh simpan simpan nanti terlupa..kali ini mama nak kongsi cerita tentang sejarah angin amar.

Mama teringat dengan arwah mak mama yang mengidap angin amar ketika di hujung usia.  Mula mula kena tu dia tiba tiba terjatuh dan tak berdaya untuk bangun.  Tanpa disedarinya mulutnya senget sebelah dan salah satu tangannya tidak boleh diangkat.  Bila dirujuk kepada doktor,  doktor mengatakan saluran darah mak tersumbat,  jadi darah tak sampai ke otak.  Tu sebab anggota badan berkaitan tidak dapat berfungsi,  jika dibiarkan boleh merosakkan otak dan boleh membawa maut.

Selepas serangan pertama,  arwah mak bergantung dengan ubat doktor,  tetapi serangan masih berulang.  Memang sukar untuk memulihkan kembali kesihatan mak,  akhirnya mak duduk atas kerusi roda sebab tak berdaya untuk berjalan seperti biasa.  Diakhir hidupnya banyak dihabiskan di atas katil.  Akhirnya di pergi membawa penyakitnya yang tidak sembuh sembuh.  Semoga roh arwah mak dirahmati Allah swt..Al Fatihah

Itu adalah sedikit kisah tentang arwah mak mama yang menjadi mangsa sakit angin amar.  Bagaimana penyakit ini menyerang manusia..? Dari mana asalnya..?Menurut pakar perubatan alternatif sebenarnya angin amar ini berpunca dari jin bernama Al-Rih Al-Ahmar.

Ia bermula pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman as.  Baginda ketika itu sangat bangga kerana Allah swt telah mengurniakan kebolehan dan kekayaan yang maha hebat,  sehinggakan manusia, jin dan binatang samada di udara, di laut atau di darat tunduk menurut perintahnya.

Ketika itulah Allah swt mengizinkan makhluknya berupa lembaga besar berapi mendatangi Nabi Sulaiman as.  Nabi Sulaiman as sangat terkejut kerana tidak pernah melihat makhluk sengeri itu.  Lalu ditanyakan "Siapakah engkau dan kenapa kau datang ke mari..?  

Lalu lembaga itu menjawab " akulah Al-Rih Al-Ahmar,  satu penyakit yang amat dahsyat dari segala penyakit.  Allah swt menjadikan aku sedemikian rupa dan diberikan aku kuasa mendatangkan kesakitan kepada cucu Adam as dan Hawa.  Aku dapat meresap ke dalam tubuh manusia dan berjalan seperti darah yang mengalir di dalamnya sehingga aku dapat meresap ke dalam sendi sendi dan urat uratnya.  Apabila Allah swt berkehendak memberi azab kepada sesiapa diantara makhluknya atau memberi kuasa kepada aku, aku akan masuk ke dalam tubuhnya.  Jika aku masuk ke dalam otaknya,  maka hilanglah akalnya.  Jika aku masuk menerusi hidungnya nescaya zahirlah aku berupa bengkak bengkak dan sembab sembab sehingga aku binasakan seluruh tubuh badannya"

Apabila Nabi Sulaiman mendengar akan kata kata makhluk itu lalu Baginda menitahkan pengikutnya membunuh Al-Amar dengan apa cara sekalipun.  

"Tidak..sesekali tidak ada sesiapa yang dapat menghapuskan aku ,  kerana Allah swt yang menciptakan aku dan melanjutkan usia ku"

Kemudian dia menghaibkan dirinya dan hanya muncul ketika zaman Nabi Muhammad saw.  Nabi Sulaiman as merasa insaf di atas sifat ujub yang ada di dalam hatinya,  lalu dia beristigfar dan bertaubat...

Ketika zaman Rasulullah saw,  cucu baginda Hasan bin Ali telah diserang sakit rongga tekak dan mengeluarkan darah.  Jibril telah bertemu dengan Rasulullah saw dan mengabarkan yang cucu Baginda terkena angin.  Lalu Nabi Muhammad saw bertanyakan akan apakah penawar bagi sakit itu,  lalu Jibril mengajarkan satu doa kurniaan Allah swt kepada kekasihNya itu.  Jibril berpesan sesiapa yang membaca walau sekali seumur hidup,  dia akan terselamat dari Al-Rih Al-Ahmar.  Selepas membaca doa itu kepada Hassan,  cucunya itu sembuh kembali.

Lalu Nabi Muhammad saw berpesan kepada para sahabat untuk mengamalkan doa itu dan menyebarkannya kepada umat islam.



doa angin ahmar



Kalau ada rezeki lebih,  beli buku ini..ada doa yang lengkap..


































No comments:

Post a Comment