Tuesday, 8 May 2012

MAI BUAT PAVLOVA

pavlova..macam best jerr..jom buat

bahagian dalam dia..menjejeh air liur dah ni..nak buat nak buat nak buatttttttttttt...heheheh
  
Assalamualaikum wbkt..

haa sudah..dah jumpa resepi baru...mesti cuba buat sebab nak rasa..hehehe


Dessert Pavlova ini dihasilkan sama seperti membuat meringue iaitu putih telur yang dipukul hingga kental bersama gula. Lebih kurang macam meringue tetapi Pavlova sedikit berbeza kerana tambahan bahan di dalam resepi seperti tepung jagung, cuka dan Vanila.

Katanya tektur pavlova rangup dan rapuh di luar serta lembut seperti mashmallow didalam bila dimakan bersama fresh cream atau whipping cream serta buah-buahan sebagai topping tambahan..pastinya buah jenis masam masam manis..tentu marvelous kan..

Sebenarnya Pavlova bukanlah resepi atau dessert baru dicipta. Ia telah mula diperkenalkan pada penghujung tahun 1920an khas untuk Penari ballet Rusia bernama Anna Pavlova yang telah datang ke New Zealand dan Australia. Tu pasal nama pun Pavlova sempena nama penari itu.  Pavlova juga adalah dessert istimewa masyarakat New Zealand dan Australia.


Mai try sama..


Resepi Pavlova


Bahan-bahan :

Putih telur                4 biji
Gula kastor              3/4 cawan
Esen vanilla              1/2 sudu kecil
Cuka                       1 sudu kecil
Cream or Tartar       1/2 sudu besar option tepung jagung pun boleh guna


Topping/hiasan :

Fresh cream           1 cawan diputar sampai gebu..


Petua yang kena ambil perhatian :

Putih telor tidak boleh tercampur dengan kuning telor.  Untuk memudahkan pengasingan telor sila sejukkan dahulu telor dalam peti ais dan ketika nak pukul kasi kembang sila tunggu sehingga telor kembali ke suhu bilik..

Peralatan hendaklah bersih dan kering.


Cara-cara :

  1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi bersalji..guna mesin yang ada stand lagi senang.. 
  2. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sedikti sedikit terus putar adunan. Adunan akan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
  3. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat dan bertanduk tu maknanya jadilah meringue..ingat bertanduk..bila diterbalikpun tak jatuh
  4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
  5. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
  6. Letak atas dulang bakar,  alas dengan kertas minyak..longgokkan seperti bentuk bulat dan buat lopak ditengahnya..kira ada tebing dikelilingnya..
  7. Panaskan oven pada suhu 150' C selama 15 minit, baru bakar.  Selepas 15 minit turunkan suhu 140 ' C..masak selama 1 jam.
  8. Tunggu hingga pavlova jadi coklat muda.  Kulitnya akan terasa garing.  Tutup api dan biarkan pintu oven terbuka.  Keluarkan bila suhu jadi kembali suhu bilik..

Cara menghias :
  1. Pukul fresh cream sampai kembang..sejukkan di dalam peti ais..maknanya boleh buat awal awal.. INGAT TIP MAMA..SEJUKKAN FRESH CREAM DAN PERALATAN..PROSES PUKUL GUNA SPEED PERLAHAN DAHULU..DAH NAMPAK GEBU BARU LAJUKAN SPEED,  PUKUL SAMPAI BILA DITERBALIKKAN PUN TAK MENGALIR ATAU JATUH..PROSES DI DALAM 5 MINIT JERR..
  2. Bila nak hidang baru letak fresh cream atas dia..lepastu letak apa sahaja buah buahan yang kita suka..pastikan yang jenis masam manis..




Katanya Pavlova lebih sedap dimakan selepas 2jam disediakan dan boleh bertahan sehingga 2 hari. (Di dalam peti sejuk) Selepas waktu itu tekturnya hilang rangup serta menjadi terlalu lembut seperti memakan krim.  Ermm..nyum nyum nyum..




TERIMA KASIH FAZLINI IRMA..MUUAAH..


3 comments:

  1. Makchaq nak buat jugak la
    nampak sedapnya..
    tapi roti john pun belum buat lagi..
    cam na ni..

    ReplyDelete
  2. hahaha..sebenarnya kena ada stok barang kat dalam umah baru semangat nak buat..kalau takda bercintan cintun nak membuatnya..

    ReplyDelete
  3. Jom kita buat PAVLOVA,
    giler sedap, siapa tak nak beli?
    jualan confirm meletop, sehingga 1000 pcs sehari...
    sebab tu boleh dapat RM10,000 - RM30,000 sebulan...
    dah nak Puasa dan Raya ni... Dah boleh start SEKARANG ni,

    Giler SEDAP ni >>> http://resipirahsiapavlova.blogspot.my

    TQ

    ReplyDelete