Tuesday 24 July 2012

WANITA BERTERAWIH DI RUMAH LEBIH AFDAL

Assalamualaikum wbkt..


Siapa kata kaum ibu tidak keletihan berpuasa walaupun hanya duduk di rumah.  Sebelum subuh dah bangun untuk menyediakan sahur keluarga,  dialah yang masak, dialah yang hidang, dialah tukang kejut semua ahli keluarga, dialah tukang kemas..dia dan dia..

Bila anak anak dah ke sekolah, suami dah ke tempat kerja si ibu masih bersilat di rumah.  Berkemas, mencuci dan sedikit masa dicuri untuk menghilangkan lelah...kalau ibu yang bekerja..segalanya disimpan untuk petang nanti..

Selepas zohor si ibu mula memerah otak "nak masak apa untuk berbuka". Payah juga itu..sebab kalau 10 orang..10 selera puasa jadi utamakan yang ketua dahulu barulah masukkan sedikit menu untuk anak anak..selalunya kaum ibu tidak pernah kesah dengan selera mereka..yang penting kehendak keluarga adalah lebih utama.

Selepas asar kaum ibu dah mula sibuk di dapur untuk memasak.  Kadang kadang masa cemburu dengan kaum ibu..kalau yang duduk di rumah tentu ada masa yang banyak..bagi ibu ibu yang bekerja..? belum hilang letih..balik rumah nak kemas..nak mencuci baju, nak masak..nak layan karenah anak anak, kalau ada budget lebih bolehlaa pergi bazaar ramadan jerr..tapi kalau budget ciput..kenalaa masak sendiri... selepas berbuka dialah juga..kecuali ada anak anak yang memahami nak membantu kuranglaa sikit beban kerja dia..ermm boleh bayangkan bagaimana letihnya bila menjadi "Superwomen"..


Nah..di sinilah indahnya islam.  Bijaksananya Allah swt.. wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar..

Selain menghindar diri dari fitnah,  wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih...sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Syariat mengizinkan kita untuk solat sunat di dalam keadaan duduk di atas kerusi walaupun masih mampu berdiri.  Ingat..hanya solat sunat sahaja tetapi pahalanya hanya setengah dari solat berdiri.  Bayangkan solat sunat terawih yang dikerjakan di surau atau masjid dilakukan tanpa rehat..kadang kadang laju..perghh..mengigil kepala lutut ni..maklum laa badan berat nak angkat..heheh..

Selalunya mama buat sunat terawih 10 rakaat dengan 5 salam dan diikuti dengan witir 3 rakaat 2 salam.  Kalau buat kat rumah, buat 4 rakaat lepas tu boleh rehat rehat sekejap.  Katalaa kita nak tengok Ustaz Don sekejap, lepas tu sambung lagi untuk menghabiskan lagi 6 rakaat.  Lapar laa pulak, berhenti makan sekejap lepas tu sambung witir..3 rakaat..

Tetapi kalau dah bagi duduk..rasanya boleh direct habiskan jer 13 rakaat solat sunat tu.. takat 23 pun boleh.. sangatlah berehatnya.. jadi takda alasan penat.. kan kan..bagi yang ada anak kecil..kasi mereka tidur dahulu..jadi bolehlaa kita buat solat sunat tu..Subhanallah..


Terimakasih Ustazah Thaniah di atas ilmunya..i love you..




SOLAT SUNAT TERAWIH

p/s


Tambahan.. Cara Solat Sunat Terawih Bersendirian Di Rumah


Niatnya  :


أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى


“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”


Bilangan rakaat suka hati.. buatlaa yang termampu.  Kalau mama buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.


Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.  

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

NOTA:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)

 SOLAT SUNAT WITIR


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"




Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat


أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"




Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ


Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :



Doa Solat Witir


 

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

19 comments:

  1. Salam..minta izin copy ke blog saya..tq

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  3. Assalam mama.. terima kasih memang tercari-cari info ni. Minta izin nak share di blog saya juga.. nnt saya letak credit to mama eh.. :)

    ReplyDelete
  4. Tksh mama semoga Allah rahmati dan berkati mama dan keluarga.. aamin...

    ReplyDelete
  5. Syukran untuk prkongsian ilmu... sy share url

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Mudah je nak beramal..tanya hati je nak buat ke x. InshaAllah moga kita kaum wanita tetap beramal walau sesibuk mama urusan rmhtangga..

    ReplyDelete
  8. Mudah je nak beramal..tanya hati je nak buat ke x. InshaAllah moga kita kaum wanita tetap beramal walau sesibuk mama urusan rmhtangga..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih...
    dapat dijadikan panduan

    ReplyDelete
  10. Trima kasih atas prkongsian ilmu..

    ReplyDelete
  11. Trima kasih atas prkongsian ilmu..

    ReplyDelete
  12. Nice entry.. terima kasih atas perkongsian ye..

    Senang2, sudikan lah pulak jenguk blog sy yang xseberapa ni, missnahzatulnazwa.blogspot.com

    =)

    ReplyDelete