Thursday 8 September 2011

SALAM BERSALAMAN





Bulan Syawal adalah bulan yang kita aktif bersalaman antara ummah...bukan sahaja mengeratkan siratulrahim malah sentuhan begitu mencairkan hati hati yang beku.  Kalau tak bermaafan seikhlas hati...ermmm kena cek balik puasa kita....mungkin puasa perut jer kot...

Bersalaman mengeratkan ukhwah, menyatukan ummah dan boleh juga mengundang dosa sebab kita bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim dengan kita.  Zaman moden sekarang...kita semakin alpha akan hukum Allah bila bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim.  Bukan tak sengaja tetapi secara sengaja..ini akan mengundang dosa di sisi Allah....paling mengecewakan pemimpin kita juga lupa dan buat buat lupa,  mereka juga seronok bersalaman dengan wanita yang tidak halal bagi mereka.  Tidak ada contoh yang baik dan benar..walaupun dipandang enteng tetap dosa juga.  Ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab membantu sama untuk menyemarakkan aktiviti bersalaman antara lelaki dan perempuan tanpa batasan...terbukti melalui karikatur di dada akhbar yang menimbulkan kemarahan ummat islam yang sedar akan batas dan hukum Allah..

apakah niat si kartunis ini..? menghinakah atau cuba menyedarkan kita akan sikap kita  yang semakin lupa akan  larangan Allah swt..

Al kisah....ada ler sorang cucu sedara datang rumah,  bukanlah anak kepada abang atau kakak kandung mama tetapi anak cucu kepada sepupu mama, tetapi masih saudara jugalah..kan nenek dia sepupu dengan mama,  kongsi satu datuk dan nenek....

Bapa kepada tiga orang anak dan seorang tentera ini rupanya tak puas hati dengan mama sejak dari kampung lagi sebab tidak mahu bersalaman lagi dengan dia.  Bukan apa..time jahil dulu mama salam jer semua orang yang nak bersalam dengan mama,  cuma semenjak dah sedar diri mama belajar untuk mengelakkan diri dari bersalaman dengan lelaki bukan muhrim dengan mama...walaupun kadang kadang terr...bukan apa tak nak jatuhkan air muka pun ada juga...lemah betul mama ni..insyaallah tetap ingin memperbaiki diri..semoga Allah sentiasa membantu.

mama anti syiah...sepatutnya pemimpin kita yang sunni bersikap sebegini..menjadi teladan..barulah  kaum lelaki yang mengaku islam menyedari akan batas mereka...

Macam macam laa dia tanya..akhirnya faham laa dia...kalau korang nak kenal muhrim korang..meh kongsi list yang mama susun kat bawah ni...

MUHRIM SEORANG WANITA ISLAM

  1. Bapa Kandung atau Bapa Tiri dan keturunan ke atas..contohnya Datuk atau Tok Nyang
  2. Bapa Mertuanya
  3. Bapa Saudara...iaitu adik beradik kepada Bapa dan Ibunya
  4. Adik Beradik lelakinya
  5. Anak lelakinya
  6. Anak Tirinya...anak kepada suaminya
  7. Anak Lelaki Susuannya
  8. Anak Saudara...iaitu anak dari abang dan kakak kandungnya
  9. Anak kepada saudara susuannya
  10. Cucu cucu lelaki dan ke bawah dari anak anak kandungnya
Itu lah yang mama tahu dan fahami..diharap memberi manafaat kepada semua.  




No comments:

Post a Comment