Monday 12 September 2011

KISAH GADIS TERBAKAR TANGANNYA


Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah swt.  Sesekali kita bercerita pasal hal hal mensucikan jiwa apa salahnya kan....

Dah lama sebenarnya mama nak tulis kisah ni..tetapi selalu lupa.  Alhamdulillah Allah membenarkan kepala otak mama ni mengingati kembali cerita yang mama dengar di sekolah anak mama tempohari semasa menyambut Maulidur Rasul..punya laa lama dan mama tersangatlah lupa.. Hamba Allah yang dijemput oleh pihak sekolah adalah seorang pakar motivasi yang didatangkan khas dari pahang..maaf terlupa lagi mama akan namanya tetapi ceritanya tetap melekat di hati..terimakasih puan yang berkenaan.

Al kisah...ceritanya berkisar di zaman Nabi Muhammad saw.  Pada suatu hari ketika Nabi sedang berkumpul dengan para sahabat,  tiba tiba beliau didatangi oleh seorang gadis bernama Jariah yang menangis nangis sambil memegang tangannya yang hitam terbakar....

"Wahai Rasulullah ..tolonglah saya, saya tak mampu menahan kesakitan tangan ini.  Sudilah kiranya Rasulullah mendoakan kesembuhan tangan ini supaya pulih seperti sedia kala"

Lalu Nabi saw bertanya kenapa tangannya menjadi begitu.

"Ya Rasulullah malam tadi aku telah bermimpi hari telah kiamat dan aku telah berjalan ke dalam neraka.  Aku melihat ibuku bertelanjang dan dibakar hidup hidup.  Badannya habis terbakar dan hanya ada secebis daging dari badannya yang selamat"  (mama tidak ingat bahagian yang mana).  Lalu ditanyakan kepada ibunya kenapa ibunya dihukum begitu..

"Tempat ini adalah untuk orang yang bakhil ketika di dunia.  Semasa aku hidup aku didatangi oleh seorang miskin yang ingin meminta makanan di rumah kita.  Aku katakan tidak ada sedangkan ketika itu aku menghidangkan keluargaku dengan daging kambing.  Tiba tiba aku teringat di dapur ada ketulan lemak kambing yang tidak aku gunakan lalu aku menyuruhnya untuk menunggu.  Lalu aku berikan kepadanya dan si miskin itu telah membawa balik lemak kambing tadi dengan gembira dan membuat minyak untuk masakan rotinya, menyebabkan rotinya sedap dan lembut.  Dia sangat bersyukur dan mendoakan aku,  inilah kulitku yang terselamat kerana doa beliau."  Tunjuk ibunya kepada kulitnya yang terselamat dari api neraka..hanya sebesar telapak tangan.

"Aku sangat kasihan kepada ibuku lalu aku memberi minum air telaga mu kepada ibu dan Allah amat murka akan aku..tanganku tiba tiba terbakar..tiba tiba aku terjaga dari tidur dan ku lihat tangan ku benar benar terbakar"

Lalu Rasulullah mendoakan gadis itu dan dia sembuh seperti sediakala....

Pengajarannya..rajin rajinlah kita bersedekah kerana sedekah itu menyelamatkan kita dari azab api neraka....


sucikan diri dengan bersedekah...setiap sen adalah tabungan untuk akhirat

tangan di atas adalah lebih baik dari yang di bawah



No comments:

Post a Comment