Wednesday 7 September 2011

JIKA LEMBU PANDAI BERKATA KATA

"Saya sayang awak...serupa ker kita untuk meneruskan perhubungan ini..?"
"Mooooh"

Assalamualaikum semua.....

Terpanggil Mama untuk bercerita dengan korang pasal satu cerita yang menarik..tah mana mama baca tak berapa ingat..tetapi credit untuk yang empunya cerita..nice story..tetapi kat sini mama olah sikit sikit...layannn..

Al kisah...ada seorang pemuda tersangat sayang dengan lembu peliharaannya.  Pada satu hari dia memohon kepada Tuhan supaya lembunya diberikan kepandaian supaya pandai berkata kata..jadi dapatlah dia berbicara dengan binatang kesayangannya itu.

Keinginannya itu dimakbulkan Tuhan lalu terjadilah dialog dialog suai kenal yang sangat menyentuh hati..


"Wah..sekarang kau dah pandai berkata kata..."
"Ya...wahai tuanku...dapatlah kita berbual bual selepas ini "

"Tetapi aku masih makan rumput...tuan makan apa..?"
"Aku makan nasi..kita tidak sama.."

"Selama aku ini tidur di dalam kandang...tuan tidur di mana?"
"Aku tidur di atas tilam...kita tidak sama..."

"Apa yang tuan letak di badan tuan..?"
"Ini dinamakan pakaian...engkau tak perlu..kita tidak sama.."

"Oooo" jawab lembu tanda faham.  Tiba tiba kedengaran suara Azan berkumandang memecah kesunyian..

"Suara apakah itu..selalu aku dengar setiap hari sebanyak lima kali sehari"
"Suara Azan mengajak manusia bersembahyang" jawab pemuda itu dengan yakin.

"Tuan tidak sembahyang ker..?"
"Tidak" jawab pemuda itu dengan selamba...

"Samalah kita.." jawab lembu dengan gembira kerana akhirnya ada persamaan di antara mereka..
Pemuda itu pula...?????? 
sentap lerrrr...




No comments:

Post a Comment