Friday 23 September 2011

BARU AKU MENGERTI

Assalamualaikum kepada para pembaca budiman,  terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca tulisan mama yang tidak berapa menarik tetapi diharapkan dapat memberi inpirasi dan kebaikan bersama.

Pejam celik pejam celik baru mama sedari umur ini telah menjangkau hampir setengah abad.  Baru juga mama sedari selama ini mama hanya ambil ringan akan pengertian ibadah kepada Allah.  Apa yang penting bagi mama ialah ingin melaksanakan suruhan Allah tanpa soal jawab dan alasan.

Betapa selama ini setiap perkara yang mama lakukan hanya kerana suruhan, hanya kerana pahala dan hanya kerana sunnah.  Semakin hari mama merasa pelik terhadap diri mama kerana melakukan sesuatu berniat kerana Allah tetapi atas kerana apa...

Akhirnya baru mama mengerti bahawa setiap ibadah yang mama lakukan ikhlas kerana Allah adalah kerana rasa syukur yang lahir dari lubuk hati.  Solat mama, puasa mama, zakat mama dan ibadah yang lain rupa rupanya adalah tanda syukur di atas kurniaan Allah kepada mama selama ini.

Terlalu banyak nikmat yang Allah beri dan tidak terkira oleh mama,  bukan sahaja di tubuh badan yang sempurna, kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia malah rezeki yang sentiasa ada walau tidak kaya seperti orang lain.  Syukur alhamdulillah.



No comments:

Post a Comment