Saturday 17 September 2011

MISTERI..AWEK CANTIK IKUT BALIK

ermm...


Mama nak kongsi lagi satu cerita misteri dengan korang semua.  Cerita ini mama dapat dari mulut arwah abah mama sendiri.  Kisah ini terjadi semasa lewat tahun 50 an.  Pada masa itu abah mama dah berkahwin dan meninggalkan mak mama di kampung.. hanya dia duduk merantau di Pahang.  Dia bersama dua orang saudara terdekat sama sama bekerja di sebuah syarikat menebang kayu balak.  Tempat kerja yang agak jauh dari pekan menyebabkan pihak syarikat telah menyediakan sebuah rumah kongsi di dalam hutan tersebut supaya mudah bagi mereka untuk balik berehat dan menguruskan diri.

Pada setiap hari minggu pekerja kesemuanya lelaki itu akan berhibur di pekan.  Termasuklah abah dan saudaranya itu.  Salah seorang dari saudara abah sangat leka ketika berada di pekan menyebabkan mereka bertiga ditinggalkan oleh kumpulan pekerja yang lain yang balik lebih awal.  Jam hampir menunjukkan pukul 7 petang ketika mereka melalui jalan hutan menuju ke rumah kongsi.  Orang lelakilah katakan, nak takut apa.

Ketika berjalan beriringan sambil berbual bual tiba tiba mereka disapa suara seorang perempuan dari arah belakang.  "baru balik bang...?" "ya.." jawab mereka bertiga sambil menoleh ke arah suara tersebut.  Kelihatan seorang wanita muda dan cantik tersenyum dan menghampiri mereka bertiga. "boleh saya ikut balik..?".  tanyanya mesra.  Mereka terpaku melihat wanita cantik itu berhias sakan dengan bunga diselitkan ditelinga dan berkebaya ketat melekat.  Pelik juga melawa tengah tengah hutan...Salah seorang saudara abah yang ada ilmu di dada memandang abah mama dan saudara yang satu lagi dengan pandangan yang penuh makna.  Lalu dia bersuara.."boleh..ikutlah" jawabnya ringkas sambil mengarahkan abah dan saudara seorang lagi meneruskan perjalanan balik ke rumah kongsi.  Ketika itu tidak ada seorang yang ingin bersuara, cuma hati tertanya tanya.

Ketika sampai di rumah kongsi pekerja pekerja lelaki yang lain terkejut melihat abah mama dan saudaranya tadi membawa balik seorang perempuan.  Keadaan menjadi hingar bingar mengajuk ngajuk dan menyindir nyindir abah bertiga kerana menyangka membawa balik perempuan sundal.   Keadaan bertambah bising apabila mereka beramai ramai mengetuk ngetuk kuali dan periuk sambil bersiul siul ke arah perempuan tersebut.  Suasana semakin gelap, dalam cahaya senja mereka mempelawa perempuan itu masuk ke dalam kongsi tanpa menghiraukan sindiran dari teman teman yang lain.

Selepas maghrib tiba tiba perempuan tadi meluru turun ke bawah kongsi.  Abah dan saudara yang lain hanya diamkan diri dan tiba tiba kedengaran bunyi bising seolah olah seperti bunyi yang dibuat oleh teman teman kongsi tadi.  Abah dan saudaranya ingatkan teman teman tadi membuat bising lagi apabila melihat perempuan itu berada di luar kongsi.  Lalu mereka mengintai keluar dan ternyata teman teman yang lain masih di dalam kongsi dan bising yang berada di luar tidak terkelihatan siapa punya angkara.  Perempuan tadi juga tidak terkelihatan di bawah cahaya bulan dan pelita yang berada di halaman kongsi.

Tiba tiba bunyi bising di atas bumbung,  semua pekerja berlari turun ke bawah dan melihat ke atas kongsi.  Ternyata perempuan cantik tadi berada di atas bumbung dan terbang turun ke tanah.  Mereka hanya terdiam kaku sambil melihat perempuan itu berjalan ke arah sebatang pokok mati dan terbang menengek di atas tunggul pokok tersebut.

Perempuan itu mengirai giraikan rambutnya yang panjang berjurai sambil ketawa terkekek kekek.."haa..tadi kau ketawakan aku yaa....haa ketawa lah lagi..ketawalah lagi..hehehehehe" katanya sambil merenung ke arah pekerja balak yang terdiam merenungnya dari halaman kongsi....

Sampai sini jer mama ingat...lepas itu tak ingat dah..sorry...hehehe


abang..janganlaa lari...wuaaa...nak ikut..nak ikut
umangaiii gigi kau dokek segalah panjang eer...soram den..laghi..laghi..



No comments:

Post a Comment