Monday 12 September 2011

DOSA LAIN LAIN, KUBUR LAIN LAIN

Assalamualaikum...alhamdulillah kerana Allah masih memanjangkan umur dan membenarkan mama untuk menulis di ruangan ini.  Terima kasih juga kerana sudi membaca penulisan mama yang tak seberapa pandai ini.

Kalau korang rajin cek laa balik tajuk "Mama Ustazah?" bulan ogos lalu.  Perihal orang yang tidak boleh ditegur kesalahannya...

Mama tertarik dengan satu kata kata yang menyentuh hati yang mama hendak kongsikan dengan korang semua...

"walaupun kubur lain lain...siksa neraka juga lain lain..., dosa lain lain....tetapi ingatlah yang menguruskan jenazah kita juga orang lain, orang yang menyembahyangkan kita juga orang lain,  orang yang mengebumikan kita juga orang lain, orang yang bersedih di atas kematian kita juga orang lain"

Jadi janganlah dipandang rendah dan dienteng akan orang lain itu....kerana "LAIN LAIN" itu sebenarnya tersangat penting dan berguna samada ketika hidup atau matinya kita..

No comments:

Post a Comment