kalau dibiarkan pokoknya akan cepat membesar..jadi kena selalu cantas dahan dia , bukan sahaja pokok merendang malah dahannya juga akan banyak mengeluarkan tunas baru |
pandangan dari dekat..putih putih tu bunga dia.. |
enak dimasak lemak dan diganding dengan keledek..ermmm |
Bahan
Daun Turi secekak ..hanya ambil daun dia jer
Keledek 1 biji
Bawang 1 biji
Ikan Bilis segenggam
Santan 1 biji kelapa
Cara
- Jerang santan bersama ikan bilis, bawang yang dihiris dan keledek..tunggu hingga keledek empuk
- Baru masuk daun turi dan tunggu hingga layu
- Jika suka boleh letak lada besar yang dihiris untuk mencantikkan lauk itu...
Antara lauk lauk yang diolah mengunakan daun turi...
asam rebus turi..campur ikan bilis jerr..tersangat mudah |
lauk mama masa kecik kecik...biasa dimasak dengan daun turi . orang kampung masak masa musim menanam atau menuai padi, enak dimakan semasa hari panas dan lauk tu masih berasap lagi..perghh... |
urap daun turi..macam kita buat urap pengaga juga |
No comments:
Post a Comment