Assalamualaikum wbkt..
Sampai sekarang menyesal sungguh mama sebab tak bawa buku dan pen untuk menyalin nota ketika Ustaz Hj. Mohd Khairil Anuar bin Hj. Wafa memberi ceramah beliau ketika sambutan Maulidur Rasul yang lalu..tetapi apa yang ada didalam kotak fikiran ini ingin mama kongsikan bersama sama kau orang..
Ustaz kata Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Perarakan dan sebagainya yang kita anjurkan adalah sesuatu yang baik. Cuma kata Ustaz usaha begini tidak mencukupi untuk menunjukkan betapa kita kasihkan Rasulullah saw..majlis dan perarakan sebenarnya sama taraf dengan sambutan Abu Jahal ketika menyambut kelahiran Rasullullah saw. Dikatakan Abu Jahal tersangat gembira sehingga membuat kenduri menjamu orang Mekah untuk menunjukkan betapa kasih dan gembiranya dia dengan kelahiran anak saudaranya itu. Ustaz kata lagi melalui satu hadis (maaf laa..mama tak catat), pada setiap hari Isnin kubur Abu Jahal akan dipadamkan api yang membakarnya kerana atas dasar ketika hidup dia telah membuat sambutan meraikan kelahiran Rasulullah saw ke dunia....
Jadi kata Ustaz tentu kita tak mahu sama standard dengan Abu Jahal, kita kena Up lagi untuk tunjukkan kasih dan sayang kita kepada junjungan Rasulullah saw...bagaimana..?
Beliau berpesan..berselawatlah sebanyak mungkin, berusahalah untuk bertemu dengan Rasulullah saw di dalam mimpi..caranya selawat..selawat dan selawat sepanjang hari, tak kira masa supaya Baginda akan perasan dengan kita dan bertemu di dalam mimpi kita..InsyaAllah
Ikut sunnahnya..dari pakaian, serban, celak, tingkahlaku dan sebagainya..setiap satu ada ganjaran pahala..
Beliau juga mengingatkan ada sunnah yang haram ummat Nabi Muhammad ikuti..antaranya berkahwin lebih dari 4 orang, berdua duaan dengan bukan muhrim..itu yang mama ingat laa.
Ustaz bertanya kepada kami..apa nama lain bagi Rasulullah saw..?, siapa nama neneknya..?, dan macam macam soalan lagi..kami tak terjawab..Ustaz kata kalau tak tahu carilah ilmu itu..bukan sahaja menambah pengetahuan malah dengan ilmu kita dapat menangkis akan tuduhan tuduhan yang dilemparkan kepada Rasulullah saw oleh manusia manusia yang bongkak. Ada pelbagai buku terjual dipasaran boleh kita cari untuk menambah ilmu..dia mencadangkan Biografi Agung Rasulullah atau Pasport Rasulullah saw..sebiji buku dia macam pasport..puas mama cari..akhirnya hubby belikan buku Biografi Agung Rasulullah saw oleh Rusydi Ramli Al-Jauhari..cantik bukunya, ada gambar gambar berkaitan dengan Rasulullah seperti pedang, pakaian, selipar dan sebagainya..memang bagus sekali..anak mama yang kecil pun tertarik untuk melihatnya..mama bercadang nak belikan seorang satu kepada anak anak mama..InsyaAllah..aaminnn..
ustaz kata..miliki buku berkenaan Rasulullah juga adalah tanda kamu mengasihi Rasulullah.. |
di dalam buku ini ada pelbagai gambar ..antaranya helaian rambut Rasulullah saw |
topi besi Rasulullah saw |
gambaran makam Baginda saw |
pakaian Siti Fatimah Az Zahra r.a yang dikongsi pakai bersama Saydina Ali r.a |
Nak tengok lagi..jom beli dan jom baca...
No comments:
Post a Comment