Pagi pagi buta dah buka blog...apa nak tulis yer..? Dah banyak hari mama tak dapat nak buka komputer ni sebab sibuk sesangat. Rasanya tahun ini adalah tahun yang paling sibuk di dalam sejarah hidup mama...sampaikan jiran jiran perasan mama selalu takda kat rumah...
Betul...tak tipu. Semenjak hubby jadi AJK surau kat kampung..kesibukan hubby menjadi kesibukan mama juga. Bermula awal januari lalu, selepas sibuk menguruskan hal anak anak nak sekolah, sibuk pula nak menguruskan hal surau kat kampung. Bermacam macam aktiviti diadakan untuk menghidupkan surau yang baru siap diubah suai.
Nama surau tu Surau Tanah Wakaf Kg Tengah, Tg Ipoh, Kuala Pilah. Namanya ada Wakaf sebab tapak surau betul betul kat kawasan tanah wakaf @ kubur. Mula mula seriau juga..maklumlah dahulu surau tu buruk sesangat, surau lama asalnya diperbuat dari kayu dan kebanyakannya telah dimakan anai anai. Imam lama yang mengetuai aktiviti surau itu pun dah uzur. Jadi anak muda sebaris ngan hubby bertekad untuk menghidupkan kembali surau itu, lalu di adakan pelbagai aktiviti termasuklah gotong royong bersihkan surau dan kubur, solat jemaah, kenduri dan belajar agama.
Seriau sebab bila masa ambil air sembahyang, pipe dia betul betul mengadap kubur..tak sampai 2 kaki jarak dia. Gelap pulak tu..paling tak best bila terbuang angin lepas tu nak kena ambil air sembahyang semula...jemaah perempuan tak ramai, adalaa dua tiga orang. Beranikan diri jer lah...alhamdulillah takda pula jumpa apa apa yang pelik. Al maklumlah sebelum ini jemaah ada bercerita terserempak pocong di kawasan berdekatan surau...tetapi sekarang dah tak takut sebab keliling terang benderang, permandangan nesan jelas kelihatan oleh sorotan cahaya surau baru..warna hijau rumput pun kita boleh lihat.
Selepas berusaha bertungkus lumus memungut derma dari pelbagai pihak, akhirnya surau lama itu diruntuhkan dan dibina dengan bangunan yang baru dan kukuh..InsyaAllah. Mana taknya..dasarnya dipiling dengan besi supaya jika ada sebarang gegaran..surau masih utuh di situ. Kemasan dalaman diletak mamar dan dilengkapi dengan kipas dan penghawa dingin. Segalanya dengan sumber yang sangat berkualiti dan apa yang paling penting mendapat khidmat nasihat dari seorang Kontraktor gred A yang juga anak jati kampung, dari pelan, pekerja sehinggalah dengan bahan bahan binaan...
Ramai orang kampung terpegun dengan surau baru, ada juga yang melemparkan fitnah tetapi dianggap sebagai melukut jerr..semua sebab politik..apa yang penting usaha keras AJK berbaloi dan rezeki surau sentiasa ada dari insan yang dermawan..jadi dapatlah surau menjalankan pelbagai aktiviti pada setiap masa..
Antara aktiviti yang telah di adakan sepanjang tahun 2011
- Gotong Royong dari Tanah Wakaf sampailah sepanjang jalan rumah rumah para jemaah
- Pengurusan jenazah, kain kapan, kayu kapan dan sebagainya
- Sambutan Maulidur Rasul..masa tu surau lama lagi..sangat meriah dan pihak surau menerima banyak derma dari hamba Allah yang tidak dikenali
- Kenduri Kendara diadakan di Surau Tanah Wakaf
- Solat jemaah sepanjang 5 waktu sehari..InsyaAllah sentiasa ada imamnya
- Solat Terawih sepanjang ramadan, morei disediakan oleh jemaah dari rumah
- Sembahyang Hari Raya
- Kelas Agama, Mengaji, Ceramah dan sebagainya
- Korban..untuk 2011 sahaja surau telah menerima 6 ekor lembu untuk dikorbankan..sebenarnya banyak , pihak AJK terpaksa tolak sebab takut tak terbuat..sangat meriah. Macam kenduri kahwin pun ada..
Aktiviti 2012..barulaa mama yoyo ooo menolong hubby..
- Gotong royong buat bubur Asy Syura
- Menyiapkan makanan untuk jemaah yang sama sama bergotong royong membersih tanah wakaf
- Sambutan Maulidur Rasul, 5 februari (13 Rabiulawal 1433) lalu adalah paling meriah yang pernah mama lihat di peringkat kampung. Majlis ini sangat berjaya dan mendapat pujian dari tetamu yang hadir. Hampir dua hari berkampung di surau, membantu apa yang patut. Jemaah lelaki ramai yang membantu cuma kaum perempuan ciput jerr. Almaklumlah..jemaah perempuan yang muda tak ramai yang tinggal di kampung, ramai kaum ibu yang dah tua tua..jadi kenalah kerja keras sikit..apapun segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah. Tetamu tersangatlah ramai, rasanya lebih tiga ratus orang, Selepas mendengar ceramah dari Ustaz Hj. Mohd Khairil Anuar bin Hj. Mohd Wafa (anak jati kg juga) jemaah dipelawa menikmati hidangan berupa nasi putih, kari kambing, sambal ayam, nenas tumis air dan buah buahan. Alhamdulillah makanan mencukupi. Sambil menikmati makan malam, tetamu di dengarkan dengan Selawat dan Qasidah dari kumpulan Nasyid Buysro Toibah KUIS..masa selawat ramai ramai kami diiringi dengan paluan kompang dari kumpulan ini laa..semangat sungguh rasanya..
Apapun mama doakan semoga segala perancangan Surau Tanah Wakaf Kg Tengah untuk 2012 akan berjalan dengan lancar..aaminnn
Pujian mama untuk Azhar, Zizan, Ajan, Marwan, Mahathir, Bang Aris, Ali, Nera, Zalin, Faizil, Udo Mail, Udo, dan lain lain yang tak tersebut di sini..semoga usaha kalian mendapat pahala dari Allah swt..aaminnnn...
No comments:
Post a Comment