Tuesday, 2 October 2012

RAYA HAJI TAHUN INI

Assalamualaikum wbkt..

Tak berapa minggu lagi raya haji pula menjelma.  Kepada yang sedang dan akan berlepas ke Mekah didoakan agar segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.  Semoga mendapat haji mabrur hendaknya..aaminn..

Bagi yang terkonteng konteng kat bumi Malaysia ini..Walawehh..mengada ngada kau orang yerr..raja haji pun excited nak beli baju raya "berdondon dondon"..ada ker perkataan tu..heheh..

Mak mama kata raya haji ni "raya orang tua".., maksudnya hanya orang tua tua jerr yang pergi raya ke rumah saudara atau jiran tetangga.  Kanak kanak tak payah raya sakan macam raya puasa...sebab time raya haji selalunya takda duit raya.  Jadi kanak kanak tak payah raya..sebab niat kanak kanak kan nak duit raya jerr..adapun kena ikut mak ayah baru dapat beraya, tak dapat laa nak beraya sakan dengan kengkawan sebaya seperti raya puasa..

Di kampung mama, pada hari pertama raya haji, hidangan ketupat, lemang dan rendang tetap dihidangkan seperti hari raya puasa... cuma kuih muih kering susah nak jumpa kuih kuih moden.  Apa yang ada adalah kuih tradisional seperti kuih denderam, kuih kering, keropok ubi, inang inang, dodol, wajik dan kuih bangkit.  Masa inilaa kita dapat menikmati kuih orang  lama dengan sepuas puasnya, sebab lepas tu payah nak jumpa..ada pun kena beli bukan free..hehe..

Dulu rajin juga buat kuih sempena menyambut raya haji ni.. laa ni dah malas.. sebab saudara mara pun macam malas jerr nak datang raya.. adapun seorang dua kenalan atau satu dua keluarga.  Ahh..makan jerr laa apa yang ada..mertua mama memang rajin sangat menyediakan lemang, ketupat, kuah kacang,rendang, sop tulang dan desert istimewa dia agar agar sirap ros.  Perrg..banyak dah tu..cukuplahkan..kalau terr..ramai tetamu yang datang..makan nasi jer.. tetamu kenyang..hati kita senang.. 

Lagipun mana nak adanya ramai tetamu, sebab semua sibuk berhimpun di surau atau di masjid untuk menyaksikan majlis korban.  Tahun ini encik hubby sibuk lagi laa nampaknya,  bukan sahaja sibuk menjadi  tukang rebahkan lembu untuk disembelih, tukang lapah, tukang timbang, tukang bahagi dan tukang edarkan..dan mama tukang tumpang sekaki menyibukkan diri..seronok rasanya bila dapat berkumpul beramai ramai bersama orang kampung..tak kenal pun jadi kenal akhirnya..







  

No comments:

Post a Comment